Friday, September 23, 2011

terfikir nak melamar...

ini cerita bukan aku gedik nak kahwin taw... huhuhu


hari ni bangun.. siap-siap pergi kelas ganti... dan balik rumah ni..

lapar jerr perut ni.. dan tiba-tiba teringat pulak pasal kelas aku tadi..  huhu macam mana nak nak buat kerja (shooting) tanpa ada kamera nanti... nak pinjam ker... susah kot... bukan segan nak pinjam..tapi diorang pun ada kerja jugak cam aku.. hummm.. jap-jap nak CREATIVE THINKING jap.. tidur..........................
eh lelap lahh.. hahaha

..................................

Sebenarnya aku teringin nak mempunyai sebuah kamera DSLR. tak kisahlah yang baru ke atau yang second-hand punya.

bagi aku mendapatkan  kamera yang mahal seperti itu amat sukar bagi aku. sekarang aku tengah kumpul duit untuk mendapatkan gadjet seperti itu. aku tahu aku tidak expert dan aku bukanlah seorang photographer yang pandai dan arif dalam bidang itu.

sekarang aku sedang berbincang dengan family aku  untuk mendapatkan sebuah kamera itu dan berkongsi wang untuk mendapatkannya. aku tidak terdesak tetapi aku mahu mendapatkannya. bukan aku kejarkan trend tetapi untuk membuatkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah minor photography menjadi  lebih mudah dan tak lah menebal muka meminjam pada kawan-kawan. kita tahu, sekali dua pinjam tidak apalah, tetapi kalau berkali-kali mungkin mereka akan menarik muka berkemungkinan juga takut rosak. jadi mungkin macam alasan yanng diberikan nanti kan.. harganya mahal. 

aku pun bukan jenis suka meminjam. aku tahu aku memang cuai selepas menggunakan barang.  sekarang simpanan aku sudah semakin mencukupi dan berharap family dapat membantu. 

"manjanya kau..."

aku bukan seorang yang manja k... sememangnya aku memang rapat dengan ayah aku. aku rasalah. aku tahu ayah aku bukan berwang sangat pon. hanya sekadar kais pagi makan pagi. tapi aku bukan meminta hanya sekadar suka-suka. huhu ia juga untuk jangka masa yang panjang juga kan? untuk projek subjek aku juga selama 2 tahun di sini. 

sekarang aku sudah pergi ke sesetengah kedai kamera.  survey la kononnya.. aku hanya berminat nikon atau canon. untuk yang kompak aku lebih sukakan yang nikon dan untuk yang mahal macam DSLR aku lebih kepada Canon. sekarang pon aku masih menggunakan kamera kompak nikon. sekadar bergambar... dengan sedikit setting boleh lah sekadar cantik tapi tak la sepower DSLR.

"PTPTN kan ada"

ya.. memang aku ada terfikitkannya. tapi tak dapat lagi lahh.. aku rasa hujung semerter kot dapat. aku pun tak  jamin la cepat ke tak. kalo lon cepat masuk beest la.. sesenang je aku leh sambar. hehehe... 

ko jual jer la kereta evo L5 kancil ko tu..."

cessss.. aku paling benci ayat ni taw... 
(kalauu waa tak kasi bapak lu punya muka, dah lama wa sebat lu taw-malek KL gangster)
dengan evo ni la aku ulang-alik belajar, buat kerja, release tension, kacau anak dara orang, dan dating ngan skaandal taw (poyo sikit) huhu...kalu rosak sekali tak leh baiki pun aku takkan jual lah..semata-mata kamera.. ni dah cam aset dan bini aku taw (ayat selalu digunakan oleh lelaki).

insyaallah kalo diizinkan..aku akan dapatkannya juga. ya aku akan mendapatkannya secara halal... huhu... 
hahaha dah macam nak kahwin pulak kan... "aku akan kahwin jugak dengan dia... "

k la... dah nak pukul berapa dah. rehat jap. nanti aku update lagi... mana taw ada idea nak tulis lagi...huhu
doakan yer... hihihi...

#P/s: hujung minggu ni dok perak jer lah.. family dah pegi Pahang.. ada sedara kahwin,
         kena tinggal... huhuhu...

2 comments: