Wednesday, September 21, 2011

malas...

hari ini  aku malas nak taip..

hari ini masuk kelas kenal - kenal dengan budak baru... malu pulak bila lecturer sebut nama  menandakan aku ni pelajar lama di uitm perak ni.. walaupon aku sedikit malu.. aku tetap berbangga sebab mereka kenal dan perasan aku di uitm ni...

aku harap dunia baru ini membuatkan aku menjadi lebih matang dan lebih berjaya dalam melakukan sesuatu  dengan penuh selamba dan yakin. berharap aku tidak terlalu NERVOUS lagi di semester ini..

aku juga sedikit perasan sikap orang yang hendak ambil kesempatan terhadap diri aku ni yang suka melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang dan ingatlah... kemungkinan setiap kesempatan yang diambil oleh anda secara tidak langsung aku akan putar - belitkan keadaan bila sampai masanya... tolong... jangan berbuat begitu... dengan adanya system... aku boleh melakukannya... walaupon secara manual... perlahan - lahan...dan tidak disedari oleh sesiapa.. jangan suka akan "kesempatan" walaupon ia seringkali dilakukan oleh orang di dunia ini.. .lakukanlah sendiri... walupun kita masih baru...

aku hanya melayan...

kita belajar dari pengalaman.. dan bukan kita mengajar sebuah pengalaman... belajarlah dan lakukan sendiri...
jika berterusan... siapa tahu... ... kau hanya orang baru di kampus ini.. dan membuatkan aku senyum panjang dengan karenah  yang membuat aku terfikir dengan masa depan... siapa tahu ~~~


sekirnya tersa ...rasalah... dan berjumpa dengan aku...aku akan senyum dan ucapkan terima kasih kerana membaca post ini..aku tidak pernah marah..aku hanya mampu tersenyum...  salahkan diri sendiri sebelum menyalahkan diri sendiri dan muhasabah diri sebelum daatang betemu dngan aku. kita tidak bergaduh.aku hanya menegur melalui maya... dan aku tidak akan meminta maaf..

semua ini aku belajar dari masa lampau yang membuatkan aku berasa aku sudah dewasa walaupon rakan-rakan dan orang sekeliling mengatakan aku seorang tidak matang. aku tidak kisah semua itu. tanpa mereka aku tidak mungkin akan terus berdiri dan berfikir  siapa aku pada masa sekarang.walaupon aku lupa siapa sebenarnya diri aku sekarang. .

.marilah kita berusaha...

#mood : ngantok,,

P/s: : maaf kesilapan bahasa post yang aku semalam dan hari ini .. aku akan cuba perbaiki bahasa aku pada masa yang akan datang... tidur dulu...

No comments:

Post a Comment