Sunday, December 19, 2010

Dunia sosial...

2 Pagi tadi... selepas aku pegi melepak di kedai makan bersama rakan2 tergerak hati aku ingin mengenali dunia rakan2 aku yang ke kelab malam.. pada mula2 tu aku segan2 la nak pegi.. yela jarang aku keluar dengan diorang.. selepas bayar suma minum kami pon pegi kesana dengan berpakaian biasa macam nk pegi karoke..cuma kasut jer FULL.. hahaha aku fikir takper sekadar seronok ok jer la..leh pas tensen walaupon aku tahu baik buruknya..tp mesti buruk jer kalo dah nama pon kelab malam ataupon disko kan..

Sampai jer sini lawak pon ada..member aku ni.. bleh pulak pakai sandal nk masok.. pas tu nk masuk gelabah laa..pasai bonzer tgk.. nasib bek la dapat masuk tanpa ada masalah.. tapi masuk ja dia wat prangai.. yela masuk pon trip yang kedua..pasai member aku yang lain dah masuk siap dah order coke lagi.. dah tuu sekali waiter dia datang tjuk pulak dekat member yang bleh dikatakan otai la.. hahaha. xtak pasai2 kena order taksilap aku suma ada la lingkungan rm37 kot.. kalo tak silap aku

Humm... aku tgk diorang ni bleh tahan..menari2...aku tak kisah pon menari la.. aku hanya duduk kadang2 kadang tu layan la jugak sambil goyang kaki apabila ada muzik best...perrghh aku tgk layan jer tapi x la sampai terpengaruh apa2 pon.. diorang pon x paksa aku pegi menari2 kt situ..aku pon sesambil layan muzik tu aku tengok la gelagat orang...

Humm... kalo korang tgk dalam mana2 filem melayu..tak kira la filem ker gerak khas ker.. haaa..segala pil2 yang ada aku nampak didepan mata aku ni.. siap telan lagi pil2 tu..... orang mabuk.. tapi yang best tu.. ada dua orang perempuan seksi yan pakai skirt pendek sampai ke peha.. fuhh tarian yan lembut di memng layan... tapi berdasarkan cara dia tu dan kwan2 aku rasa mereka kemungkinan besar polis sebab pernah nampak selalu...tp apa nak takut.. kita ni bkn amik barang tuu.. kita clean..

Pastu kami semua keluar apabila tgk keadaan bertambah hangat apabils keadaan nampak pelik sebab semua dah cam mabuk ja.. keluar2 jer haaaaa... x dgr apa2 dah... pekak badak dah semua... hahaha

Sedikit sebanyak kepala otak aku dah ilang skit stress pas pikir sal mengaji nii.. marahhh sakit atiii... humm.. balik2 ja aku trus bukak baju.. semua rendam dalam air.. elak bau rokok... huhuh.
pastu baring samabil update blog ni..

Sekali lagi... dsini semuanya bermula... dunia sosial...

selamat pagi...zzzzzzzzzzzz

TIDUR DULU...

Saturday, December 18, 2010

KEPERCAYAAN...

17. 12 .2010... hari Jumaat.. merupakan hari keramat bagi aku yang membuatkan aku benci kepada "kepercayaan" dan hilang rasa hormat kepada lecturer yang memberikan janji manis pada aku semasa aku semester 3. terima kasih kerana telah membuatkan AKU dan FAMILY aku hanya mampu bersedih, kerugian dan impian untuk tengok aku menerima diploma pada bulan 6 nant hancur lebur kerana ENGKAU wahai KP.. en hanafi.. sungguh sial kata-kata engkau yang cakap depan lain dan belakang lain dihadapan aku semasa dibilik engkau. aku tahu pasti ramai yang salahkan aku kerana tidak ambil tahu pasal hal subkek yang terlepas pandang ini tapi apa yang hampa boleh cakap lagi kalau semua tu dah diberitahu sudah tiada masalah??? ysng membuatkan aku yakin sangat adalah setiap pendaftaran subjek aku tiada masalah hinggalah aku ni chek result degree tak dapat.. takkan aku ni tak layak sedangkan result part 6 aku boleh dikatakan layak.

humm.. rupa-rupanya segala tu hanya mimpi.. tergamak kau.. seminggu seblum ni aku dan keluarga aku ni dah gelabah dah.. sebab tgk result kt mini transkrip aku bertatus "not complete".
dan terdapat dua subjek asas part 2 yang tertera di bawah skrin itu.. aku dah hilang punca dah masa tu.. masa aku kol KP yang baru en. Syarul dia tengah kursus di K.L. dan selepas tu dia menyarankan aku telefon EN. mat nor. time aku telfon dia ni memng aku nk angin ja tapi rasa hormat pasa aku tu membuatkan aku rasa hina sangat. dengan selamba dia kata.."kalo macam tu goodbye jer la kalo tak dapat" masa tu aku cuma nk tanya status aku shj.. napa dia kata macam tu.. nak bergurau pon agak2 la kan..

pastu aku terus balik umah.. bagitahu family aku.. diorang tergejut gila la yang aku ni tak boleh grad lagi.. pastu tanya aku ni cam orang bersalah padahal aku ni tak tahu menahu pon pasai ni.. pastu aku chek mini transkrip kat student portal dan tunjuk yang aku lulus semua.. dan kat bawah tu.. ada course accumulus(ejaan ringkas) 2 subjek.. time dok layan fb tu aku try la tanya en.Shahril kata2 dia malam tu sedikit sebanyak melegakan kami yang mengatakan subjek tu clash dengan transfer program. sia suruh kol HEA dan diorang leh buat suma tu.. malam tu aku tidur mimpi macam2 pasai ni... harap2 suma back to normal la...

esoknya aku try la kol HEA.. nah ambikk.. lain pulak cakapnya.. pasai orang baru dah tuu yang tua-tua tahap makcik aku... diorang kata diorang x bleh wat apa2// haiii bahagian akademik kot.. kalau hal ehwal pelajar xper la.. sistem ker???.

pastu aku try kol en shahril lagi.. dia ponagak blur atau time tu dia sibuk kot.. dia kata " saya rasa better kamu pergi ke sana la" pastu off.. dengan nada aku "hmm terima kasih en.." pastu aku try la kol en. jaa aziz (nama facebook iaitu penyarah aku di uitm kelantan untuk rujukan yang kedua) dia kata mungkin KP kamu akan cakap lain unutk protect diri dia nanti dan kamu pegang kata-kta dia tu.."yang subjek part 2 setel.. tu subjek prgram.. xper bkan macam bel 120, ctu..yang tu uitm..mmg kena ambil.. blajar subjek part 3. dan part2." aku masih ingat lagi time tu dia kol HEA dan suruh gugurkan subjek part 2 dan subjek yang setara. pastu aku rasa cam tak ada masalah lagi pasai ni sebab semua berjalan lancar ja..

malam jumaat tu pulak aku kol la KP baru nk tanya pasai ni..wat kali kedua dan sekali lagi dia tergejut juga yang status aku not complete. dia heran jugak yang aku ni selamba ja leh ambil subjek photograhic 2.. walhal x amik pon photograhic 1. bagoss kan KP lama aku.. tapi aku x salah kan en. shahrul kerana dia pon baru.. kalo aku rujuk kat dia pon pastu di blurr.. tp camna pon aku akan rujuk jugak kat dia nant dan maybe tahap caya aku pada lecturer dah berkurang .. sebab nasihat HEA jgn percaya kt orang dan kata-kta HEA pon aku bleh percaya ker???

tapi aku puji jugak la sikap diorang yang agak profesinal melayan kami ni dan kawal keadaan masa tu.. kalo dorang ckp lain sikit aku mmg hentak meja tu.. aku x kira la.. macam2 situasi ketika tu.. suruh kol cik Hanem la.. aku nk jumpa dengan pegawai atas HEA time tu la dia mak dia sakit.. sekali lagi aku x salahkan dia juga tpi mana dia penolong??

pas setel semua tu.. x semena- mena aku terkesima dengar kepurusan HEA yang kata aku terpaksa mengambil subjek itu juga supaya dapat grad dengan sempurna. mak dan kakak aku menangis kerana merasakan semua ini tidak adil bagi kami.. kerana kepercayaan aku terpaksa menangguhkan lagi konvokesyen aku wat kali kedua.. sekali lagi aku tidak dapat grad dengan kawan baru aku.. terima kasihlah semua yang sudi membantu aku. walaupun aku mengambil subjek ini aku berasa kecewa sangat.. bkn apa sudah lama aku menunggu unutk bertemu kembali kawan2 aku di uitm shah alam yang terlebih dahulu menyambung ijazah mereka dahulu dari aku... tapi impian itu hacur lebur ..

aku berhaarap.. semester hadapan yang akan aku lalui dengan berstatus part 7 akan dilalui dengan cepat dan sempurna tanpa apa2 masalah lagi.. tolong la... family aku bukannya kaya..sekali lagi ayah aku terpaksa menanggung perbelanjaan pelajaran aku nant kerana ptptn aku sudah dipotong kerana sudah tamat kontrak....

kepada kawan2 aku yang akan melanjutkan pelajaran di shah alam, tahniah dan belajarlah bersungguh2 k. jgn lupa aku nant... kita akan berjumpa lagi jika ada jodoh... sekian...

(moral: jangan cepat percaya kepada orang sepenuhnya..tidak kiralah siapa kecuali diri sendiri...)

Thursday, December 16, 2010

luahan aku yang tak professional...

semalam ari cam bodo ja. satu kesilapan kecil memnuatkan aku rasa cam org bangang ja... sedih ada, kecik ati ada. tpi tu la kan.. salah aku jgk bukan nk chek betoi2. time orang dok best tgk tawaran aku pulak sedih ja x dapat. tu la ang lan.. sakirt sikit nk transfer tgk sekarang.. kena setel macam2 baru boleh kot.

nasib baiklah ada lecturer yang tolong bagi taw step2 untuk lepas masalah aku ni.. aduhh.. nk kena kol lagii.. mana tahan kalo selalu cam ni.. apasal hah?? asal aku nk masuk itu ini mesti ada masalah..

sebenarnya aku tringin nk pergi uitm shah alam tuu.. dengar bisik-bisik kat wall diorang kat facebook ramai yang dapat kat shah alam.. sronoknya.. tp aku ni.. kena kol sna kol sini mana tahan weh. aku cam nk nangis kang nant apa org kata kt aku ni..

tapi aku bkn harap sangat nk jumpa semua tapi member yang aku arap leh rapat lagi kot cam HARIS ADAM,AYEN iQBAL jer... yang len kwan2 cam tu ja.. sori la HAFIZ aku mmg silap pilih ko jadi housemate aku.. tak pasal2 aku ni terjebak dalam kategori malas. tp salah aku jugak kan sapa suruh ikot orang.. humm.. aku rasa 3 orang ni yang banyak bagi aku semangat masa ujung semester dlu.. yela aku hanyut ngan sosial dan terpengaruh ngan kengkawan.. yang aku taw rilekk luuu... sibuk dok ayat jiran sebelah yang ntah suke aku ker tidak walaupon masing2 tahu hanya main2. hahaha aper la aku niii.. ngan jiran pon nk try..

berbalik kepada 3 org tu aku bersyukur sangat dapat berubah sikit.. sekurang-kurangnyaa booth aku tu penuh jgk ngan item-item kalo pikir balik boleh tahan la pasal cukup item. cuma sempurna tu aku tak tahuu laa kan.. diorang ni mmg bagoss walaupon x banyak mengajar aku tp bagi idea kat aku. tp sentap sikit la perangai ko iqbal. aku harap ko berubah k.. bila orang mintak tolong tu ajar la.. jgn kedekut ilmu.

pasal ayen ngan abg dia haris x hal sangat tp kekandang tu rasa cam tersisih ja bila diorang duduk ngan geng diva tu.. aku ni raasaa cam tak wujud ja.. dah la aku ni x ngam ngan budak2 pompuan graphic kelas kita tu.. tlong la.. aku ni banyak makan hati ngan budak2 tu tambahan lagi kat uptown.. aku cam tunggul pon ada.. nk menyampuk kang diorang mesti wat diam.. tolong laaa k.. jangan wat aku cam tu lagii.. aku tahu prangai aku ni yang cam bebudak tapi aku x kaco orang kan.. cam mat ganja? aku lagi x kaco orang.. arap nant kalo jumpa kat uitm shah alam harap kita dapat jadi satu group.. korang nak taw.. time aku nk join korang mesti aku rasa cam sengsorang... cam orang asing jer.. tolong la.. aku bknnya nk lelebih pon.. layan cam bisa ja..

pasal ko hafiz.. aku pon banyak sakit ati ngan ang.. berubah lahh.. jgn la tido sampai dua hari.. x pening ker.. aku pon dah jadi cam housemte tak berguna dah rasa.. yerla diorang anggap aku ni tak nasihat ko.. padahal kami dah perli ang.. nasihat ang.. haiii cam tu jugak.. cam bagai nak rak tapi satu pon x siap..

satu lagi.. aku taw ko sentap pasal hal Jannah RAzali kan.. pasai tu ko sikit down.. please la weh.. jgn la suke org yg x suker kita sakit ati ja.. tgk Haris tu.. sekrang tak silap aku dah insf dah kan,, dah stop dah suka ZUE tu.. dan lagi ang jangan la cakap pandai kat lam bilik ngumpat pasai budak kelas kita tu.. aku taw diorang tu ada la masalah sikit.. yang ang tu depan diam tapi belakang ngumpat ntah apa2.. aku ngan wan diam jer.. pas tu tambah sikit2 nak tgk ang ja. perghh lagi marak api ang kata macam2.. dah la tu.. nk kata ang tu ok tak pon aku rasa.

k la kat sini ja aku k.. ni la luahan aku yang tak berapa pandai sangat.. huhu... maaf la kalo terasa k.. kalo ada jodoh kita berjumpa lagi... kt uitm...

Saturday, December 11, 2010

SELAMAT PAGI... sekadar lepas boring

haaa.. ni kali kedua aku menulis blog kt sini..
ntah pasai apa aku tetiba teringin nak taip kat blog. ye la aku ni malas nak taip haha. alhamdulilah selama aku belajar selama 3 taun kt uitm kelantan dan perak ni aku rasa cam bebas ja. Nak fikir pasai result. aku xda masalah pon ngan result tu. ok la dari apa yang aku dah buat time blaja kt uitm perak tu.. hahaha. yela time tu maybe aku terlalu seronok sangat kot. bila pikir2 balik aku rasa cam pelik lak. napa aku jadi macam tu.

bercakap pasai kengkawan kat uitm dulu, macam2 perangai ada. ada yang aku menyampah ada, yang lawak pon ada, dan yang menyayat hati pon ada..

sebenarnya, aku nampak ja dok gelak ketawa camtu,tapi ati aku ni sapa yang taw. masa aku blaja kat uitm perak tu aku rasa kesal dengan sikap diorang. bkan nak kata teruk tu xadala. tp ada sedikit terasa dengan perangai diorang tuu. macam2 hal... humm..nk taw kenapa sebab aku rasa cam tersisih tapi nasib baik la ada geng laki yang faham aku. aku taw diorang tak leh terima orang jenis aku ni yang perangai ala budak2. hahaa.. dah macam tu nk wat camna kan. ada aku kesah. yang aku terkilan sangat dari dlu aku pindah masuk uitm perak sampai sekarang ni ada budak pompuan ni yang ada hati nk baling aku batu kat aku. adoss apa la dosa aku.. nk je aku gi serang dlu tpi dapat taw pon lewat sangat dah. dah taw wat salah kat blakang tu x bleh ka mintak maaf kt aku.

hum..walaumacam mana pon harap dah abis dah cita tu.. aku x nk komen dah pasai yang dah lepas. haha. saja nk lepas boring.

time cuti pon. xda pon aktiviti menarik lagi. hujan ja selalu. mana tahan. kalo nk kuar duit pulak problem.haha teringin nk kua alor setar walaupon x jauh sangat. ala nk pi tesco pon boleh tpi xda duit mana leh gi memana . apa la nk jadi kat aku kan. hu,, siang dok rumah malam kua.

k la aku pon tak taw nk wat apa. tgk la nant aku post len blog aku ni.. aku bkn taw sagnat pasai blog ni.. (by perak, hye shah alam.. maybe perak jugak hahaha )

Tuesday, September 14, 2010

RAYA yang misteri..

salam semua.. ni kali pertama aku tulis blog.. huhu..ntah bila laa aku nak update maybe seminggu sekali ka. dua kali ka.. aku tak taw la...
ari ni tak banyak nak cita... sekarang aku nak perkenal diri aku la k..
nama sebanar aku HAZRAN BIN HASHIM..member aku paggil aku macam2..(lan,adik lan pon ada, TENGKU tapi paggil la lan.) lain kan hazran tp org pagggil lan..dan aku tiggal di alor setar kedah...
hahha tu ja kot xyah la nk detail kot tgk ja dalam profil aku tuu..
k.. arini 25.9.2010..time kat kampong mmg best dengan family dan adanya member2 aku yang suka jalan2,melawak x kira masa.. dan tolong antara satu sama lain.. raya tahun ni merupakan raya yang paling tak best sumur hidup aku.. sebab aku demam pas tu "SAKIT MISTERI" lama aku datang balik. hari raya tu aku tidur jer.. ye la kan demam panas gila kot. (mana larat nk beraya.)
malam tu aku muntah-muntah pasai x makan loya tu jangan cakap la.. pas tu aku terdengar la bunyik nyariiiiiiiiiiiiing jer.. then aku sedar aku kt tembok surau dengan dikelilingi penduduk kampung yang tak habis2 menyebut-nama aku dan suruh mungucap-istifar banyak-banyak.
badan aku sakit sampai sekarang... kaki luka sikit. kawan2 aku kata "benda" tu iaitu dalam tubuh aku lari cam kilat. diorang tanya la aku.. "hang sedaq tak tadi ang kena rasuk".. aku geleng ja la mana larat jawab..
hummm malam tu kami sekeluarga tido kat ruang tamu reramai teman aku. aku xkisah dah lemah sangat. pada malam tu ayah aku tak henti2 urut belakang aku yang sakit. aku tak taw la apa la orang kampung buat kat aku time aku "SAKIT" pada malam raya kedua ni.
# aku dan sepupu perempuan aku dirasuk sekaligus
#benda= hantu yang kawan2 aku cakap tu seramai 6 ekor
(arap korang paham la apa yang aku tulis ni. yerla fisrt time tulis blog. )