Thursday, September 22, 2011

Berceloteh sekejap...

hari ni hari yang padat dengan kelas... rakan kelas dah mula mesra dah ngan aku. diorang ni memang perangai gila jugak. tapi aku tak mahu menilai  sejauh mana  kebaikan,niat dan kemesraan mereka, yang penting bagi aku sekarang..aku lebih suka berkawan, bercakap, bekerja dan bekerjasama. aku takmahu digelar pemalas dan tidak matang. aku akui..aku masih lagi tidak matang dan aku berharap aku akan menjadi matang suatu hari nanti.

hari ini group kelas aku sudah diwujudkan. baguslah..sekurang-kurangnya aku dapat tahu sedikit apa yang aku tidak tahu di laman social facebook.

aku tidak mahu bercakap panjang malam ini sebab aku sudah letih kerana belajar seharian di dalam computer lab. (studio dalam proses siap: bilik sementara).

pukul 5 petang aku balik dari kelas dan sampai di hadapan rumah sewa ,apabila enjin kereta dimatikan, aku membalas mesej dari 'si dia' yang no status but still friend  itu. kemudian aku terus tertidur diadalam kereta setelah seat diturunkan. dalam keadaan hujan yang sejuk membuatkan aku tertidur seketika tanpa mempedulikan orang lain, hujan, mesej yang berbunyi lagu 'ASFAN - TEHENTI DISINI' (lagu yang korang dengar ni..) aku bukan jiwang tetapi aku sekarang lebih suka lagu yang tenang dan perlahan supaya aku sentiasa berfikirakan masa. walaupun lagu ini lagu slow yang tak silap aku dimainkan dalam drama NORA ELINA..aku perasan lagu ni pon semasa aku terdengar ERA FM main lagu ni.. memang layan... housemate aku pon dah mula mainkan lagu ni walaupunn dulu asyik perli aku...ya lagu ini memang mereka main dul tapi taklah hari-hari sampai semua setting handset berbunyi lagu ini.. ada aku kesah? handset aku lantak lah.. hahaha. sekarang... sapa yang terkena badi...? korang ke aku... aku kena pon tak kesah..dah biasa lahh. hahha.

setengah jam kemudian aku terbangun..hujan dah berhenti. patutlah panas balik. perut pun lapar. jadi aku pergilah membeli nasi ayam bungkus untuk dimakan. tanpa masuk ke dalam rumah atau keluar dari kereta aku pon terus hidupkan enjin kereta aku pergi ke kedai makan berdekatan ppadang bola SIDEC. situ murah dan sedap nasi ayam tau nasi lemak taw.
.....

malamnya...

aku tak tengok bola malam tadi. tak sempat..tapi aku tahu Malaysia dah kalah. tu je.. sekarang aku sibuk dengan proses pengecualian kredit dan daftar kos yang tak boleh update lagi ni.buat masa ni aku masih biasa lagi, taklah tension pon. awal sangat la nak stresss.. kan.. haha.

di rumah ni aku online dan buat kerja sikit dan mesej. aku memang suka chatting dan mesej. kepada yang biasa chatting dengan aku tu terima kasih yerr kerana melayan aku ni. huhu.. itu saja yang au rasa seronok. baca luahan hati orang, bergurau senda, mengorat,  dan secara tak langsung dapat beri pengajaran kepada aku.

tadi masa aku beli buku nota aku perasan ayat-ayat yang menarik perhatian aku. sama ada ayat cinta ke ayat perangsang ota ke, korang nilailah yer. tapi aku rasa ni ayat ala jiwang sikit.. sebab macam mana la aku tak perasan ada tulis ayat L..O..V..E. adesss.. tapi aku layan je... hahaha alang-alang tu aku tujukan kepada semua yer.. kamu, awak, kawan-kawan, diri sendiri... (aku tidak pandai ber 'i' dan 'u' kerana aku amat segan kekadang tetapi bila aku senang dan selesa dengan orang itu.. itu tidak menjadi masalah... ) :)

smile....

    When you are joyful,         
you will share your happy to me.

When you sadness
I will comfort you at time

When you are angry
I will persuade you to calm down

When you are smiling
I will see the best picture in my eyes on the world.

k dah lewat dah.. nak out...tidur dulu..

p/s kepada rakan skype saya.. MISS H.. jangan lari rumah lagi.. jangan merajuk lagi.. balik la.. dan telefon atau mesej sini ya kalau ada apa-apa masalh...kali 5 aku berpesan.... .


sejenak...



No comments:

Post a Comment