Thursday, February 17, 2011

Terima Kasih.


Khamis, 17.2.2011… hari yang buat aku  terima kasih kepada orang , ex jiran sebab tolong aku bagi balik telefon aku ni yang boleh dikatakan penting bagi aku ni.walaupon orang lain tengok dengan mind dorang..aalahaii ‘enset..  sadisnya…’

Tapi terima kasih banyak-banyak kepada bebudak uitm semalam kerana jujur dan cuba telefon orang terakhir yang telefon masuk telefon aku atas tujuan nak pulangkan balik telefon ni kat aku. Kalau hilang telefon ni.. bayangkan la… makan tak ingat dunia.. mandi tak basah..  tidur tak lena, amoihh macam putus cinta pulak kan. Tapi kalau korang pon mesti macam tu jugak kan???

Kalau poket aku time tu kembung  huh memsng makan free diorang. Tapi apakan daya. Duit  dalam poket dah abis.yela hujung minggu kan aku memang tak guna duit sangat. Aku hanya mmpu terima kasih ja. Tapi kalau jumpa lagi diorang dalam uitm ni akan aku balas balik apa yang mampu.

Kejadian telefonn tertinggal dekat kedai makan  jadi selepas aku leka update blog, men facebook ym, dan skype. Telefon letak atas meja. Dlaam nak balik tu aku pon kemas la. Tak perasan lak telefon ni tertinggal atas meja.mungkin terlindung kat belakang laptop kot. Jadi aku pon gi la bayar macam tak ada apa-apa.
Hum.. sampai rumah jer. Aku memang  tak teringat langsung pasai telefon. 5 minit telefon Mahfuz bunyik..7 miskol.jadi aku teringat telefon aku. Mesti ada dalam seluar yang aku sangkut kat pintu. Jadi biar jer la jap.
1.30 pagi…mesej dari ex-jiran sebelah sampai kat enset Mahfuz. Tulis kata enset aku tertinggal dekat kedai makan dan ada orang jumpa dan tolong simpan.. jadi aku apa lagi..  pinjam jap enset Mahfuz terus telefon enset aku. Nasib baik ada orang angkat ..perempuan.. bagi salam dan tanya elok-elok dan FUHHH ala Awal Shaari punya  rancangan..lega ja rasa. Terus aku bersiap pergi ambil enset.

Jumpa ja. Diorang terus kasi enset aku pasal wallpaper tu ada gambar muka aku. Nasib baik. Jadi aku terima ksih la kat diorang.6 orang semuanya.3 perempuan 3 laki. Datang minum-minum. Pastu diorang ada cakap ada orang kol masuk nama dia UP- A%!$. ohh patot la diorang miskol sampal 5 hingga 7 kali. Selalu tak pernah-pernah telefon. Jadi aku pon mesej la kat dia yang nak tolong amik telefon aku ni. Hihihi nasib baik kan ada orang nak tolong.

Pastu aku tertidur dan terbayang kalau telefn tu BLACKBERRY ker, iphone ker.. hum rasa-rasa diorang akan pulangkan kan tak. Nasib baik enset biasa ja kan. Bertuah badan. Tapi aku memang berterima kasih dan terhutang budi kant korang yang tolong bagi balik telefon ni. Jasamu dikenang kot.. satu lagi kat ex jiran lama aku. Macam tahu-tahu jer. Lama juga aku tunggu nombor telefon diorang tapi baru sekarang dia start mesej dan telefon aku. Terima kasih erkkk.. 

Hari ni bangun pon lewat jer. Kelas tak der. Jadi aku dan mahfuz pergi ke kedai keta, HALF CUT,tanya pasal alat ganti. 3 kedai pergi kat Gopeng tu. Balik jer  pergi Rahman bincang ngan BOB pasal esok nak pergi SHAH alam. K  tu jerr.. byeee.. nk tido..

P/s: orang Shah alam.. jump sana..

*jangan cuai tertinggal telefon kat kedai..telefon tu dah sebahagian dari hidup kita dah tu..

Wednesday, February 16, 2011

Perkelahan emergency.


Malam sebelum tu kami berlima cam lagenda 5 pahlawan ni ada bincang sikit masa sedap lepak kat kedai makan. Besok apa plan,hah? Lata Kinjang jom. Sembang punya sembang semua sepakat nak pegi awal konon-konon pukul 9 dah gerak dah. Sebelum tu diorang ada tanya la esoknk gi kol bapa. Aku yang sesambil berbueno eh bukan  berfacebook selamber jer cakap… haaa sebelum subuh kita pegi.. ada sebab aku kata macam tu taw. Selalu ayat aku ni tersirat sikit kalo cakap.lantak ampa la tak paham pedulik apa aku. Hahahah ..sekadar gurauan.

Keesokkan harinya, ( Maulidur Rasul)

‘’….menyendiri lagi, menyendiri lagi disaat aku menyintaimu….(dadali-diasaat aku mencintaimu)’’ Yiahhh enset  nokia 2600c aku dah bunyik.. bising la… terus aku tutup.tengok jam pukul 8.30pagi. ahhhh awal gi.. jadi tidur la balik tengok mahfuz pon sama ja perangai dia pon tido lagi… jadiii…

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz……

Tiba-tiba…

DUM,DUM,DUM… LAN, MAHFUZ.. bangun bohh.. jadik pegi tak.. tudia buyen panggil,pokjak dan Pali ketuk cam nak lingkup pintu…

Aku time ni mengeliat lagii..tengok jam kat enset aikk.. dah pukul 11pagi. Kan aku dah cakap dah, mesti jadi macam ni punya.. hahaha. Salah siapa. Salah kami la. Jadi aku bangun la dengan kain selimut tutup satu badan. Otak blur lagi kan.. ambil tuala terus masuk bilik air. Celik-celik je makkkkk!!!! Melekat lagi kain selimut ni kat badan aku ni.. patot panas jer.. jadi aku keluar la balik masuk bilik. Dah jadi dua kerja dah.. keluar masuk, keluar masuk bilik air.. shiaalll jer perangaiii pagi tu. Pas gosok gigi basuh muka test jap air ni sejuk ke tak. GILA SEJUK jadi dengan selamba jadi cam cierita P.RAMLEE. bunyi bising ja lebih. Alahh aku pi sana kan nak mandi kat Lata KINJANG tu x mandi pon tak apa kan,kan,kan. Jadi jangan cakap banyak lak.

Pas bersiap semua dengan sembur perfume sikit bagi wangi terus  cari baju. Ala kadar jer  tuala dan baju, seluar pendek. Tu je. Masuk beg terus turun bawah. Heh… konvoi 2 biji kereta. Pas tu gerak la. Aku  follow belakang  pasal jalan ingat-ingat lupa.

Selepas satu jam.

Yiahhhhhhh nyiahhh, selamat datang LATA KINJANG. Kami semua sampai dengan selamat ja. Orang tak la ramai sangat. Bila tengok  kebanyakkan orang yang datang sini pon macam student ja. Tu pon aku nampak kat kereta di parking banyak yang ada pelekat sticker pelajar. Uitm lak tu.. biar la.  Yang aku tanw time ni…Wehh bila nak mandii niihhhh????

Jalan punya jalan tup-tup dah sampai atas. Haaaa kan betul aku cakap.ramai student. Kebanyakan lelaki  sebaya dengan kami yang datang mandi kat sini dah tu mata meliar jer tengok sekeliling.. tengok apa??? Ala lelaki.. kalau tak cuci mata memang tak sah la kan. Tapi mengecewakan sedikit, ala bukan nak menggatal pon sekadar cuci mata. Ada tu memang ada tapi yang jenis couple jer.   Yang best tu bukan apa.. bila kami ushaar sikit yang lelaki mula la jeles . cam ensem jer perangai.. weh stok awek mu yang pakai seluar pendek nampak paha tu bukan taste kami la. Tak leh tengok  bawak buat apa. Dah tu mandi nampak tu nampak ni. Hahha. Aihhh ushar tu ushar jugak bila nak mandi ni.

Dapat ja tempat lepak dan letak barang.. hehh  tak cakap banyak dah… sekor-sekor turun .. sejuk dohh.. mandi jugak aku kan.. pagi tadi dah la tak mandi.tengah layan berendam , simbah-simbah antara satu sama lain, 

tiba-tiba…

Bruppp,,,bruppp. Hehhee..perut dah bunyik dah. Makan jom. Jadi dengan pantas kami gi kat tempat letak barang amik nasik. Makan la kami berlima naik bungkus brlauk ayam ni. 5 minit jer diorang bedal makan. Aku jer terhegeh-hegeh lagi. Aii. Tadi lapar sekarang tak abis pulak. Nak tak nak aku habiskan ayam jer.rugi oo ayam sedap wehh.

Pastu kami mandi la lagi. Tangkap gambar pakai kamera enset. Camera tak ada,ada kat kedah.
Orang makin ramai jadi kami mandi ikut kepala kami  jer.mandi pon macam  giler ja perangai… sampai sakit perut. Pastu dah start boring dah.. aii asyik boring jer..tak boring ker asyik boring jer. Mau jadi tak boring kecut abis dah.. kuku jadi ungu dah. Mandi sungguh hari ni.. jadi kami pon santai jer kat batu besar.. haa cam tepi pantai lak.

Dah tu aku, Pali, Pokjak dan Mahfuz tengok kat atas.. cam best jer kalau daki kat atas tu.bincang punya bincang  teragak-agak juga. takut-takut naik boleh, turun tak boleh. Risiko sikit.cerun  sikit. Kami pon lakukan aktiviti pendakian tanpa safety. Buyen tak ikut pasal cam tak larat dah kami tengok. Daki punya daki akhirnya sampai atas. Wow.. lawa kot pemandangan. Gayat sikit kat atas.memang agak bahaya tapi puas lahh. Air terjun kat atas ni lagi lawa.  Lepak dalam 15 minit pastu  pakat-pakat nak turun. Tengok lagit pon cam nak hujan.

Nahhhh… cakap dah.. naik boleh turun mesti problem sikit. kami cari jalan alternatif ikut hutan buluh.. waahh. Teringat lak PLKN meredah hutan. Dengan hati-hati, kami berempat turun takut kami luka. Yerla. Tak pakat kasut. Sapa suruh.. hahah.

X  sampai 10 minit atau kurang kami sampai kat bawah. Heh selamat sampai. Satu pengalamanyang menarik..tapi korang jangan buat kalau tak berani naya jer nant.
Sampai ja kami salin baju, berkemas dan turun  kat bawah. Yang bst tu masuk jer dalam kereta terus hujan tturn. Selamat.. kalau kami kat puncak tu..  bayangkanla laaa macamana… hahaha
Pastu kami bertolak balik. Letih ada,seronok ada, sampai rasa balik umah kejap ja. .  bali ja akusidai baju basah kat ampaian dan lepak kejap kat bilik depan. Pas tu masuk bilik. Belek laptop kejap pastu terlelap…..
Pukoul 8.30malam aku terbangun gelap jer bilik. Bangun mandi,  pastu pegi makan kejap, on9kejap dah tu beli oblong. Hehhh segar mata nii.. mampus malam ni tak boleh tidur. Hehehe. Dalam pukul 12 aku belek-belek buku REMAJA yang sapa ntah. Tengok artikel pasal the lost of tambun.  Ehehhehe lama dah nak pegi tapi dulu mana ada masa. Keja banyak. Jadi tanya la pendapat memember ni. Diorang senyum.. cam good-good jer ni. Nant kita pegi dalam bulan tiga ni ke.. malam tu aku tak leh tidur dan mahfuz pon sama. 

Lepak kedai makan RAHMAN CORNER kat bawah. Layan teh panas dan the tarik. Pas tu naik atas.. heeeeeeeeee mata ngantok .. tapi mengada taknak pejam. Aku borak jap ngan mahfuz sesambil layan mesej pukul 2  pagi. Pas tu.. shut down memasing.

Hari rabu.

Hari ni hari  rabu bangun pukul 7.30 pagi dan pegi kelas majalah 3 jam, pas tu aku balik lepak online cari bahan untuk present isnin ni dan gosip facebook  sekejap.
Selalu aku lepak ngan mahfuz je, tapi ari Mahfuz lak keluar satu hari aku rasa.  amik kereta. Jadi aku aku balik rumah pasang kipas angin tutup langsir .. bukak lagu terus tidur balik. Alasan semua ni  Tak cukup tidur..ok tak..bukan kaki tidur ahh..!!

6.30 ptg ujan pulak. Aku bgn dan buat bodoh. Belek laptop tengok cerita.  Sampai sekarang.  Taw taw aku cam ada satu benda aku lupa… WEH AKU TAK MAKAN LAGI LA HARI NI… rilek jap. Patot lapar-lapar jer rasa.  Dah tuu aku gi mandi dan update blog ni..makan megi meh.. huhu

t.q membaca erk..

selamat malam..(11.50p.m)
*cerita 2 hari dua malam nih.. hahah

Tuesday, February 15, 2011

Sedetik...


Salam malam erk semua…  hari ni sedar tak sedar dah nak dekat sebulan setengah dah kita ada dalam tahun 2011, hahaha bermakna dah makin tua la kita kan. Apa-apa jer la. Janji aku dapat habiskan semester ni dengan secepat mungkin dan harap semuanya akan berjalan lancar. Itu jer harapan aku. Nak grad dan konvo. Penantian selama 4 tahun kot. Dulu aku macam nak tak nk jer belajar pasal tak yakin dengan kemampuan belajar aku yang boleh la dikatakan ‘ boleh la’. Tapi atas dasar family dan kawan aku kata ‘ala hang buleh, selama ni pon ang ok pa, dah dapat tawaran tu pi ja la. Belajaq elok2.’

Tawaran..

Hehehe.dapat tawaran kat uitm Kelantan tu aku pon pi dengan otak biasa2 ja. Tak silap aku 1 tahun setengah aku belajar sana. Ingat dapat habis kat sana tapi apakan daya, tetiba je sakit misteri datang masa aku part 3 kat sana.

Transfer…

Haaaaa… 3 minggu je aku belajar terus transfer datang uitm perak. Di uitm Kelantan dulu tu pon aku tukar secara mengejut. Time aku bagitahu rakan kelas, diorang semuanya terkejut kecuali ex lec aku dan firdaus jer.
Sebelum tu aku dah berbincang dengan ketua coordinator dan lecturer aku dan tak terkecuali ayah dan pak cik aku. Masa tu aku dah agak permohonan cuti khas aku mesti dah diluluskan pasal orang tua aku datang. Masuk ja dalam bilik KP aku diberitahu yang aku akan ditukarkan ke uitm perak dengan subjek yang baru iaitu subjek pilihan pertama aku yang aku mohon dan aku idam  dulu dan tak lain subjek graphic ni . Tergamam juga masa tu.biar betul aku nak tukar kampus dan program??? Abis ja semua tu aku memang tak fikir kawan-kawan aku yang lain dah, penat  dan blur pon ada masa tu.
Masa nak balik, lec baru yang bernama en Jaa di dalam Facebook dia cadangkan aku. Dia kata ‘pergi la jumpa kawan2 kamu, kamu bukan nak balik sekejap tapi transfer takkan jumpa lagi dah’. Alamak betul jgk. Jadi aku ikut la dia pergi kelas.

Dalam kelas

Masa ni aku masuk diri depan biasa ja. Macam x da apa-apa. Pas lec suruh la aku cakap buat kali terakhir yang aku ada kat kampus ni. Tiba-tiba ntah kenapa la time nak cakap jer. Hati aku ni sebak bila aku tengok diorang mulot aku ni tak leh cakap langsung. Bila tengok sorang-sorang tetiba aku sedih bila aku rasa cam ada seorang tak ada.  Pastu aku terus keluar dengan menangis. Sebak gila time ni.. tak leh cakap apa2 dah. Ni first time aku nangis depan kengkawan. Selama ni aku lebih dikenali dengan agak nakal, gembira,  kacau orang. Pastu kawan2 lelaki datang kat aku dan bagi kata2 semangat. Semua budak perempuan aku rasa dah merah dah mata diorang aku rasa time tu. Suasana ja dah suram jer. Masa ni mmg aku rasa  ntah kenapa jadi macam tu. Sedih pasai nak tinggal diorang kot. Pas aku salam sorang demi sorang aku pon pergi la kat kereta. Ayah aku dah ready dah. Diorang tak kata apa2 pon.diam jer…

Dalam kereta

Habis salam jer semua  aku naik kereta  dan pusing belakang tengok ada  la budak2 lain yang  yang tengok dari jauh. Siap lambai lagi. Pas tu msg  masuk tak henti-henti .ucap selamat jalan ja. Ada dalam mesej tu  yang kata ‘pas ni tak ada la orang yang kacau kami’ hum aku senyum jer ngan air mata aku yang sebak ni. Huhuhu mesti korang gelak kan yang ada jugak lelaki yang nangis. Aku tak peduli kengkawan aku punya pasal la. Ingat senang ker nak jumpa diorang ni balik.
dalam kereta penuh dengan inbox diorang jer. Aku balas la apa yang patut dan kata jumpa lagi. Hum pas tu aku tertidur sampai Kedah. Mungkin letih kot. Mana taknya dari pagi jumpa pegawai kesihatan kat unit kesihatan unit kolej, HEA. HEA cakap kat aku balik nanti berubat elok2 dan mesti ada hikmah semua ni. Sabar erk.  Aku senyum jer la. Wahh pegawai HEA nasihat kat aku kot.. pas setel sign tu sign ni aku blah..

Sedetik sebelum tu… 1

Haaa baru teringat sehari sebelum tu. Ada seorang siswi ni. Dulu memang aku tak ngam ngan dia. RUBY nama dia. Aku memang suka usik dia. Bukan suka kat dia tapi syok tengok dia marah. Tu pasal la aku dan zul a.k.a pak mat suka kacau dia. Malam tu aku ada terjumpa dia dekat depan kolej siswa, masa ni dia jumpa sapa aku tak ingat sangat. Yang penting aku ada cakap kat dia. Nak tahu??
Haaa.. aku cakap kat dia yang aku akan tukar kampus esok. Mati-mati dia tak percaya. Heh amik kat ang   TENGKU @ lan dia tak caya ka tang sampai tahap tu. Padan la aku memang jenis tak series jer selalu sapa yang akan percaya kan. Jadi dia terus pergi cam tu jer dengan moto ego boyfriend dia tu… . Ahaii sedih jer time tu tapi tak per la, sekurang-kurangnya aku dah gitaw. Esoknya bila sampai aku kat rumah dia mesej aku, dan minta maaf sangat-sangat kerana tak nak dengar malam tu.

Hahaha takpa ruby. Kita kan musuh semula jadi dulu.  X kesah pon. Kita masih kawan kan. Tapi sekarang aku teringat lagi pasai dia. Yer la asal jumpa jer dia akan tunjuk penumbuk dia  sebagai tanda jgn kacau dia. Hahaha ruby2…. Tp tu dulu kalo korang percaya atau tak, sekarang dia dah berbaik ngan aku dan kami ni dah kira kamcing dah. Pelik kan. Dekat-dekat gaduh cam anjing dan kucing duk jauh baru berbaik . dan baru aku tahu perangai dia yang sebenar. Sebenarnya dia ni tak la garang pon. Cuma akan jadi cam tu kalau rasa benci  jer.  Sampai sekarang masih lagi kawan.tapi memang best ngan dia ni. Harap kita jumpa lagi taw ruby. Jangan garang-garang lagi… sekrang dia dekat uitm shah alam..course textile.

Sedetik sebelum tu 2

Seorang lagi, perempuan jugak.  Tapi ni kes lain not gaduh2.. Dulu memang dia ni bagi aku boleh tahan la bagi aku. Ntah cam mana la aku boleh tertarik atau sangkut  dengan dia ni. Tak nak sebut nama  dia, hanya orang tertentu jer yang leh taw sapa..korang taw kan… dia ni memang perangai gila-gia, senang bawak gurau, dan pasai dia ni la yang aku sebak time ku cakap tak boleh  tu. Masa aku dalam kelas dia tak ada sebab pegi derma darah. Dua hari sebelum tu dia dah tahu dah dan tanya aku. ‘LAN, BETUL KA NAK TRANSFER’ aku pon ckp la  tak tahu lagi pasal tak tahu lulus ker tak. Pas tu aku tgk mata dia ada la berair sikit.  Macam sedih Tapi tapi  berani cakap yang dia ni nangis ker tak. Huhu. Pas tu kami bersurai. Dan aku pegi la HEA. Pastu ada pangilan masuk  dari KP dia kata yang permohonan aku dah lulus.

pastuu,... ZUPPPPPPPP..., permohonan lulus?  Apa tu…  jadi aku cari la perempuan@ awek  ni.hahaha .pening kan??? k la aku bagitaw nama dia k. nama dia AFI. Aku cari dia memang x jumpa dah. Telefon tak dapat lak time tu jadi aku pergi la FAkulti. Macam aku cerita kat atas baru taw hal sebenar yang aku dapat tukar kampus. Jadi afi ni memang tak tahu bila aku aku pergi dan aku pass la cincin dekat kawan aku suruh kasi kat dia. Nak bagi live tak sempat. Lama dah nak bagi cincin tu kat dia. Esoknya....aku balik kedah dan dan tak lagi jumpa dia selama aku kat kedah.. 

Semasa bercuti dii rumah aku kawan aku iaitu daus bagi tahu yang AFI ni tergejut  yang aku ada bagi cincin kat dia. Tergamam dia sampai tersandar dia kat dinding..kata daus. Malam tu dia mesej aku selama seminggu memang dia mengaku yang menangis jugak  sampai pedih mata dia.mungkin  sebab dia pakai kontek lens kot. Hummm maaf la aku lewat gitaw erk yang dulu aku memang lambat luah yang aku sayang kat ang  takut sesangat hubungan sebagai seorang kawan putus.  Namanya NOR HAFIFAH BINTI OTHMAN tapi dapat tahu dia dah ada boy dan kata kalau single lagi dia akan terima. 

Tapi itu dulu.. dah berlalu dah.  sekarang dah ok dah..  dan  tak ada dah ‘perasaan’ tu dah sekarang. Kekadang bila fikir balik aku tersenyum jer sengsorang. Hum macam mana la dia sekrang erk.. tapi sampai sekarang aku masih lagi berhubung tapi agak jarang mesej pasai sibuk . percya atau tidak aku agak kekok dah dengan dia pasai ada  masalah sikit salah paham dulu. Sekarang dah ok. Nasihat aku tak salah minaat kat kawan sekelas tapi tinggi risikonya…hihihi.. jadi pepandai la cover k. 

Sedetik sebelum tu 3

Sorang lagi siswi namanya Jannah, situasi lebih kurang sama ngan ruby . dia ni aku terjumpa selepas Afi masa ni tengah hari kot. Ntah pasai pa la aku ni suka cari gaduh ngan perempuan. Untuk pengetahuan korang dia ni memang ganas. Aku pernah cari pasai ngan dia dari part 1 sampai part 3. Sampai kena tampar pon ada. Tapi aku balas balik.. hahaha gila time ni. Tapi tak teruk sangat la. Salah aku cari penyakit. Kalau tak dia ni ok jer. Aku jer yang suka bagi dia marah. Haha. Dia pon sama gak memang dia tak percaya masa aku cakap aku nak tukar kampus. Masa ni dia ngah lepak dengan member dia. Sumpah!!! Dia siap kata aku ni penipu dan gelakkan aku lagi time ni. Aku senyum jer la.. takper. X caya xper.. hiiiiiii pastu  Aku pon pergi la fakulti pasal KP panggil aku pasall ayah aku dah datang..  jadi aku mintak maaf je rasa dia tak dengar kot. Pastu aku pergi pejabat KP dengan muka yang penat.

Hehh…  abis jumpa kawan kelas  aku ada Nampak diorang kat fakulti. Jannah ni dia group B jadi group diorang ni memang lambat tahu sikit. Jadi memang diorang tergejut gila la time ni. Dan aku sempat tengok diorang lambai masa aku dalam kereta. Mesej pon diorang mintak maaf banyak2 sebab tak percaya kat aku, alaa takper. Bukan salah korang la. Salah aku. Transfer pon secara mengejut.  Lagipon Taknak kacau sesi pembelajaran korang. Kesian tengok korang yang takut-takut masa tengok aku marah dan diam jer pas mengamuk sakan dalam kelas kan??. Teringat masa aku marah-marah sikit dalam kelas dulu. Satu kelas korang tengok aku. Malu kot. Time ni memang aku jadi pendiam gila. Tak bercakap banyak, selalu aku paling aktif dan bising dalam kelas. Jadi tak heran la orang kenal aku seorang yang pembising ni. Hehehe.  (perasan gile.)

Dia sekarang sambung degree fine metal kat shah alam dan sama jugak  dengan Afi.
Sekarang, semua tu berlalu dan dah jadi kenangan pahit dan manis bagi aku serta pengajaran bagi aku. Mereka ni memang the best bagi aku dan rakan ex fine metal, fine art dan textile yang sesame tolong aku masa aku sakit teuk kat sana akan aku ingat korang sampai bila-bila. 

Uitm Kelantan: diploma in fine metal

 Kini di Uitm perak…

Now.. aku di uitm perak setelah extend satu semester… kejap jer masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah 2 tahun setengah dah semua tu berlalu. Kini aku di part 7. Bukan repeat tapi tertinggal subjek  jer.  Dulu masuk sini macam2  jadi kat aku. Jumpa housemate baru, kwan sekelas baru,lec baru, dan lain lain.
Mula- mula masuk sini memg blur, sengsorang. Macam part 1 ja rasa. Tapi kejap jer semua tu. Kini aku dapat ramai member.  Hafiz, haris,iqbal,ayen,man, faiz,bob, dan yang lelain dan walaupon yang sorang ni dah out  dari mind aku iatu salad tapi diorang masih lagi kawan kau. Tak kisah la gaduh ker apa ker. Kat perak ni aku memang tak rapat dengan budak perempuan sangat. Tapi boleh la dikategorikan ‘bolehhh laa berkawan’ humm tak taw la kenapa jadi macam tu tapi aku anggap diorang ni kawan aku pasai kebanyakkan pon aku ni selalu lepak ngan diorang, ni nama diorang: zue,wan,dan amoi.. tapi sedikit sebanyak diorang ni memang bagus.tapi aku memang jarang cakap dengan diorang. Memang jarang…

Pasal kak ina,jannah dan kak mila dan ANN. Ni dak kelas aku jugak. Diorang ni kelas aku jugak kat uitm perak ni. Memang  kumpulan pendiam. Dan tak cakap banyak. Dorang ok. Tak da masalah sangat. .
Hum tapi semua tu dah berlalu dah.. mereka semua ni dah sambung degree dah, dan ada yang dah kahwin tukar bidang tapi majority sambung belajar di uitm shah alam tu. Aku kenal diorang dari part 3 sampai la part 6. Cuba korang kira berapa tahun?? Huhu 2 tahun jugak kan.

 Uitm Perak.: diploma in graphic design

Hum.. ini la kenangan  yang aku tak leh lupa sampai sekarang. 4 tahun dah… Baik dari Kelantan sampai la uitm perak ni..dan sekarang masih lagi Diploma.

 Dan sekarang pon aku nk habiskan semester ni dengan tenang dan harap tak ada masalah lagi. Dan aku ucap terima terima kasih kerana baca erk. Aku rasa aku tulis agak kucar kacir sikit.. ala biasa la aku bukan buat cerpen macam penul!san2u.net.  saja nak imbas balik jer.. harap korang faham la pa yang ku tulis ni.
Kat sini memang benar yang terjadi.  k la aku nak tidur.. kalau x faham tu try la faham k. aku ni bukan terer sangat bab taip menaip ni..hehehehe.. selamat malam…

Sedetik...

Sunday, February 13, 2011

AHAD yang biasa-biasa

Arghhhhhhhhhhhhhhh ….!!! Boring la… apa yang aku nak buat ni????..
Hari ni boring gila kot. Tak tahu nak buat apa dah.. nak online, agak boring dah. Nak balik umah pulak lagi tak tahu nak buat apa. Nak keluar ngan member pun paling tidak pon kena ada “pulus” maa… huhuhu.. nak buat apa ni??????
………………………………………………….
Lalalalalala llalalalalallaala hahaha gila dah kot aku ni. Hari ni tak buat apa pon. Hari ni aku bangun pon dalam agak tengah hari. (shhhh bukan bermakna malas) yerla aku taw mesti x ada keja punya. Tolong la aria had bukan ada keja pon kan. Pas bangun jer terus geng bilik depan datang bila taw kami 2 orang ni bangun. Hahaha.. pasal apa?? Pasal apa lagi ajak pi makan kat kedai mak cik non la (kami panggil kedai pink) tengah dok sembang-sembang, tiba-tiba je aku belek-belek poket akuni.. bunyi ching,chiing..haaaaa apa lagi tinggal duit syiling jer ni.. nasib baik la ada la dalam 2-3 ringgit.. pas tu belek lagi..tup2 jumpa la duit seringgit. Ada la dalam 3 ringgit mana cukup nak makan bang.. jadi aku belek lagi kat poket seluar jeans aku .. hahaha dan berhasil jugak pencarian harta karun aku ni.. hehehe cam poket doraemon jer. Senyum lebar kau ada 2 ringit.. haha boleh melantak nasi ikan keli bakar lagi la ni..
………………………………………………………………
Pastu kami turun dan tetiba ada tertengok air kat kedai MHZ enterprize ..woo air gas ni kalo kongsi best ni weh.. pastu pakat la sorang seringgit nak beli air gas paling besar. Yang maw join time tu aku, Mahfuz dan Buyen jer. Pali dan Pokjak tak join sebab dah kat tepi kereta. Buat apa ntah. Biarla diorang. Haha. Pilih punya pilih tak der pulak yang sedap dan Buyen terus pi beli kat kedai Rahmath. Pergh 3 minit dah balik dah. Dah setel pasal air haa.. terus pegi makan kat Bandar u. perghh sedap giler makan. Abis makan jer terus balik dan sampai jer PALI, POKJAK dan BUYEN tukar keta viva diorang pegi main snuker lak. Aku dan mahfuz malas nak join. Duduk kejap pastu mahfuz ajakpegi kedai akuarium.. ahh sudahh wat pe lak gi sana .. dia kata nk beli kura2.. haaa ni dah kena badi kura2 la ni. Kan2.. jadi kami pun pegi la ngan jalan kaki. ala tak jao pon 30 tapak jer.
……………………………………………………………………
Yiahhh selamat datang penghuni baru.. 2 ekor dia beli siap ngan pakej makanan dan akuarium mini. Harga korang gi tanya kedai erk.. tak mahal pun. Pastu naik atas setting tempat terus aku ngadap laptop tengok movie. Cita korea. Tahap gaban la ni boring kalo dah layan korea kan…

yang sekor lagi tolong bela.
aku tolong tgk jer..haha

Selang 30 minit kemudian….

Heh tengah layan drama korea SASSY GIRL : CHUNG HYANG yang aku rasa dah 40 kali dah aku ulang dari aku dapat dari budak pompuan kat uitm machang dlu ni. Mahfuz ajak pegi hantar baju kat dobi. Baru aku teringat.. a ahh la baju aku dah tersadai dalam plastic tu. Tak hantar lagi la.. aiya.. heh terus turun bawah.. timbang jer haiiii 2.5 kg baleh tahan jugak baju yang aku pakai tiap ari ni. Mahfuz lak kena 3 kg. waaa dia banayak lagi loo.. Nampak jer beg plastic kecik. Tapi berat lebih dari baju aku.. ..hehhh kena 6 ringgit, aku 5 ringgit. Bukan jaga tangan der.. takut tak cuci.. pijak jer mana maw ilang kotor tu kan.?
……………………………………………
Balik rumah aku sambung tup2 petang..kol 6.30ptg. mahfuz lak pegi mana ntah. Aku pun turun jejalan pusing Bandar u. pastu balik umah dan tgk Mahfuz balik degan keta sephia yang spoiler tinggi dia tu.. vroom2 bunyi doa.. haha.. pas tu kami lepak jap. Dia gitaw dia gi tangkap gambar passport.

Pastu, masuk rumah nah lepak sampai sekarang.. tegk kura2 dia dan aku terus taip blog ni….
K salam… lenkali lak aku tulis lagi nohh..

Friday, February 11, 2011

Video pendek

Salam sekali lagi… hehehe.. asyik update jer keja aku kan. Ni dah tahap gaban dah boring ni. Untuk pengetahuan korang. Tgh syiok dok belek2  MP6 ala ipod housemate aku ni.aku terlayan satu vdeo 3d yang buat aku layan gila dengan persembahan dia graphic 3ds dia. Nama pon belajar bidang graphic kan. Mmh aku kagum la dengan kekemasan video pendek Samsung ni.
      Kalau aku buat video ni pakai latop ni alamatnya masuk wad lagi lalaptop aku ni. Barapa bulan la diorang render ini punya video aku tak taw la. Hahaha. Aku wat 3ds biasa pon sampai sempat pi main snuker , makan stimbot pon  x habis-habis lgi render tapi caya la. Kalau korang nak taw la kan, asalku pegang jer ipod housemate aku tu mesti aku layan video ni dulu. Sampai fed up dah empunya video ni. Hahaha jangan marah bang. Aku boring kot lapto dulu rosak..hahaha sekarang ni aku dah copy video ni masuk kat laptop aku dan bawah ni aku dah upload kalau nak tengok tu.klik jer la k..

 
Demo Samsung
TQ pada mahfuz sebab bagi aku amik video ni hehehe
 
      Memang jenis aku nak tengok video jenis ni. Kelajuan, kekemasan dan perang.. dan last sekali BOOOOOMM!!!.. hohoho..

     Tapi sayang la kan.  Mula2 tgk ingat ka nada filem baru nk keluaq tp ending dia ada Samsung dan blue-ray. Huuu maki serapah aku. Terkena jer. Tp best.

     SAtu lagi kalau rajin tu try la email gambar apa2 yang menarik ker, cadangan ka,video yang best kat kt aku eh. Nak tgk jugak.. hihihi..
Ok la sampai sini la aku taip. Nant banyak kang merapu lak. Haha..

Thursday, February 10, 2011

Merapu.

hehehe.. time ni baru nak on9.. boring gilerr...aku tak taw nk wat pa dah.... apa aku nk wat ni...bagi cadangan wehhhh. nk kuaq mana pon tak taw dah.  ari selasa ni apa plan. buyen ajak gi mandi kat lata kijang. cam best jerr. humm sempena ari cuti tu baik pegi kan. hehe sesapa yang nak join tu jom la naik 2 biji keta. keta aku dan viva or sephia. hahaha merapu dahh. boring a bhai. apa leh buat kan.

Tuesday, February 1, 2011

SHEILA ON 7-hari bersamanya...

salam semua... kat sini aku ada terjumpa lagu sheila on 7.. cam baru jerr kua...
bleh tahan jugak lagi dia.. try la dengar.. tp tutup la lagu kat seblah ni dulu k...baru besttt..huhu ..

sheila on 7- hari bersamanya




LIRIK:

Hari telah terganti
Tak bisa ku hindari
Tibalah saat ini bertemu dengannya
Jantungku berdegup cepat
Kaki bergetar hebat
Akankah aku ulangi merusak harinya
[*]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Beri aku kekuatan
‘tuk menatap matanya
[**]
Mohon Tuhan
Untuk kali ini saja
Lancarkanlah hariku
Hariku bersamanya
Hariku bersamanya
Kau tahu betapa aku
Lemah dihadapannya
Kau tahu berapa lama
Aku mendambakannya
Back to [*][**]
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Tuhan tolonglah (beri kesempatan)
Back to [*][**]
Hariku bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya
Hari bersamanya

Tuhan tolonglah
Hari bersamanya
Tuhan tolonglah
Hari bersamanya

lagu ni mmg bagi inspirasi pada aku tp xda la taksub sangat..cuma aku layan jer.. kaji cara diorang wat videoclip.. hehehe.. chaw..