Wednesday, September 14, 2011

samaa tapi berbeza...

ha alooo..

amcam cuti panjang????
besttt...?

12.9.2011... aku mulai  sambung belajr di UITM PERAK. kali ini aku bukan pelajar part 7 lagi tetapi sebagai pelajar baru ... dalam PROGRAM  AD221 SARJANA MUDA SENI REKA DAN SENI LUKIS (KEPUJIAN)(SENI REKA GRAFIK) selama 2 tahun,

walaupon aku sedikit sebanyak beryukur dengan peluang yang ditawarkan kepada aku ini. aku juga sedikit sedih dengan impian dan harapan aku yang tidak kesampaian untuk menyambung sarjana aku ini di tempat induk iaitu UITM  SHAH ALAM.. ya.. aku mengaku bahawa diasana kos sara hidup memang tinggi berbanding di UITM PERAK ini. sememangnya aku memang takut unntuk ke sana kerana suasananya, rakan-rakan  keadaan aku jika aku disana.

tapi nak buat macam mana. uitm telah menawarkan peluang aku disini...

ramai jugak yang kenapa tak tukar?
bila difikirkan nak jugak tukar..tapi ada sebab aku taknak tukar dan ini adalah sebabnya:

1. uitm telah menetapkan peraturan bahawa keputusan adalah muktamad.. kalau nak tukar bollehlah berhenti dan apply lain semester depan. (takmau..wat rugi ja kan)

2. aku sedikit serik kerana takut aku menjadi masalah lagi dan I DONT WANT BANANA FRUIT TWO TIMES! LOLz... yela dah lah tertinggal subjek..dan system uitm ni sedikit lemah.. aku pon tak faham  kenapa jadi macamtu..

3. cer cadang alasa yang tebaik kepada aku ni.. aku adaa juga terfikirkan alasannya...
    aku rasa alasan yang amat kuat dari UITM menolak permohonan jikalau aku memohon nak tukar kampus adalah...aku berasal dari kedah... uitm perak adalah yang terdekat...takkan la aku nk buat alasan nak belajar dengan kawan-kawan atau kemudahan disana lebih bagus kot.. hhaha..

dulu dah tukar kan.. hahaha

tu je yang aku leh taip walaupon banyak lagi nak tulis..

bila sampai sini ramai juga la tanya aku.. eh ada lagi ko... sambung sini ke??? (bis tu wat pe aku tercegat kat sini..dalam hati) aaahhh.. 1st batch kat sini...

bila diorang tanya aku senyum sengsorang kat foyer...tingat masa aku terPART 7 dulu.. sedih pon ada bila diorang bila diorang terjumpa aku...(eh ada lagi ko....ko repeat ke..repeat subjek pe..?) bayangkan time sentap diorang tanya ayat cam tuu.. sakit hati takk weiii?

tapi tu dah berlalu.. sekarang dah familiar dengan keadaan sini.. tak la kelam kabut.bila ada masalah je senang dapat pertolongan. macam nak dapatkan pengesahan salinan yang nak kena hantar.(sampai sekarang  tak hantar lagi walhal dah 2 hari daftar) pada HEA. semua dengan senang hati hulurkan bantuan.

bila aku pergi HEP .. ditegur/disapa oleh STAFF HEP.. cam rasa aku kerja SKP lagi kat situ rasa. hohoho.. masa orang sibuk beratur tunggu giliran nak setel kat kaunter aku.. sesenang je masuk dalam pejabat HEP kaunter kewangan. siap duduk dan belek komputer diorang lagi..

best kot. diorang ingat lagi dan sempat jugak bersembang dan diorang ucapkan tahniah kat aku dan nasihat sikit kat aku supaya belajar leklok... adumak... cair je kepala hotak aku ni... diorang ada offer aku  (ajak-ajak ayam  serama)  kerja dengan  diorang lagi kat sana.. tapi awal-awal lagi aku terpaksa tolak sebab semester ni kemungkinan kelas aku full..

20 jam kredit.. makkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!!

aku rasa satu minggu mesti kelas full gila-gila punya kan.. terima jer laaa hahaa
tak bleh main-main la pas nii... huhu

satu lagi sebenarnya area sri iskandar ni dah nak membangun kaw-law punya taw..

pasal kat sini akan wujud
1. tesco
2.wayang lotus
3.biliion.
4. MCD
6.lain-lain..(penat la nak tulis)

secret recipe pon dah ada taw..tapi aku tak pernah masuk pon. kfc pon tak penah beli tapi pernah makan je kat dalam tu.. (aku tak suka beli kfc makan je suka )..

sini mmg berubah dah. aku datang pon dah pelik dan lupa..

berbalik pada degree ni.. aku telah cuba mencari member baru sekali lagi yang sama batch ngan aku walupon diorang muda kot dari aku.. (ada aku kesah..lagi syiokk ada fightt.. ahaha)..dan gurl comel-comell datang dari serta uitm,machang,kedah,pinang, dan sekutu.. time briefing degree dulu pon aku tengok tak ramai sangat pon... adalah dalam 30 orang  dan maybe ada second intake nanti. jadi aku akan cuba merapatkan silaturahim antara rakan-rakan "sebatch  aku ni.. hahaha.. gataii???  .. biasa la lelaki... aku ni masih lagi dalam proses unntuk mengenali.. jadi tak salah pon aku rapat ngan sesapa pon kan... huhu.. berkawan biar ramai..

k la kesimpulannya.. mulai boring dengan suasana perak yang masih penuh dengan memory gila.. huhuhu...

kepada rerakan.. walaupon aku tak dapat pergi uitm induk untuk sambung belajar.. aku harap korang masih ingat aku dan aku sentiasa ingat korang walaupon aku tak rapat pada sesetengah orang.. kalau free  dan banyak kredit tu call lah orang kedah yang bising ni yer.. dan aku sentiasa ringan tangan menjawab panggilan korang... hihihi..


       seratus kali korang ingat aku..seribu kali aku ingat korang..


picture lama..masih sama kan

P/S: rasa macam first time aku daftar sini dulu laa.. hahha. 
(my facebook dah deactivated wat sementara waktu..i' ll be back)

No comments:

Post a Comment