Saturday, July 7, 2012

Tamatnya semester ini

Perjalanan pulang with PGE
 final project sdah tamat. kami atau aku akan tinggalkan segala memori yang belaku disini. ya menjadi kenangan untuk dibawa ke semester hadapan. sekarang menunggu untuk praktkel yang akan dijalankan selama 2 bulan. harap semuanya berjalan dengan lancar.

aku dan kawan-kawan berkemas secara berperingkat dan ke tong sampah untuk membuang semua nota-nota atau karya kami yang tidak digunakan lagi.

 semuanya lalui dengan susah payah. semesti ini aku lalui dengan hati yang biasa saja. keluar ke sana-sini" yang hasilnya kosong akhirnya.

ini ada suatu cerita...

Aku sudah sedar sekarang. saya satu sejarah bg pertemuan kami sekejap sahaja. namun, jika suatu hari nanti kita bertemu lagi dan masih ingatkan saya. kenangilah detik indah ketika bersama. sebenarnya itulah kegembiraan sejati yang pernah bernilai buat saya!.

YA, memang ada perpisahan dalam kehidupan. Pertemuan ketikaa bersama akan menjadi ingatan yang indah buat masa hadapan.

Berapa kalikah karma yang kita semua lalui akan membawa kepada pertemuan? aku percaya suatu hari lagi, ia akan belaku lagi. HUKUM KARMA adalah yang terbaik dikatakan.

SEMESTER 4 degree.. telah habis kini. meskipon projek aku biasa-biasa sahaja, aku tetap tidak peduli.  Projek aku adalah karya paling ikhlas dan bernilai  yang pernah aku hasilkan - sekilas pandang saja sudah mengingatkan aku pada pengalaman yang berbagai. pada rakan-rakan,teman dan yang special bagi aku. tapi kini semuanya sudah berlalu dengan pantas.

TamaTnya suatu memori yang PAHIT, dan terluka serta manis, Yang bertuah atau sebaliknya akan ditinggalkan. mereka yang diterima masuk ke UNIVERSITI pasti sungguh gembira bukan?
Adakah mereka tahu?

ermm.. saya tak sampai hati berpisah  dengan dia...

kini, apabila aku cuba mengunyah isi blog ini, aku terasa mual walaupon telah banyak aku sumbangkan dalam blog ini. Hasrat aku adalah menghasilkan sesuatu yang realitinamun pada masa yang sama, aku hendak ia menjadi sesuatu yang biasa difahami oleh semua yang wujud dimuka bumi ni. cerita yang ada diblog ini yang dikarang dengan rona fiksyen dan separuh lagi dengan pengalaman agar terdetik konflik disana sini. (hidup aku memang boring sebenarnya) bagaikan askar yang baru pulang dari medan perang menceritakan mayat-mayat yang mereput adalah sesuatu yang indah. ya aku adalah pendusta kata. dan kata-kata yang keluar dari kata aku adalah dusta semata-mata.

sekiranya semua rakan-rakan yang dapat menghidu sedikit nawaitu cinta: menghidu sesuatu yang masih belum dicemari oleh tabiat buruk aku; oada pendapat aku, ini tiada lain adalah anugerah terbaik dalam kehidupan aku.


pemandangan yang sempat aku ambil

persimpangan sungai petani yang buat aku bermasalah


kenderaan disebelah kiri


aku akan mula berpaktikel 15/7/2012 di tempat kelahiran aku sendiri. aku biasa-biasa sahaja. selama dua bulan. berharap aku  dapat tinggalkan semuanya yang bermain di fikiran aku.

aku ingin bebas.!!!



BERSAMA BLOG aKU
-Terima kasih kerana membacanya-BERSAMA BLOG aKU
-Terima kasih kerana membacanya-

Sunday, July 1, 2012

Kucing & Gadis

Aku semakin tenang sekarang dan memahami erti hidup yang sebenarnya. Aku tidak membela kucing sekarang. Kadangkala apabila aku terpandang gambar kucing aku dulu. Aku akan merindui mereka. MOMO kucing yang paling aku sayang.

Sememangnya aku tidak sukakan kucing. Kenapa? sebab bila kucing dijalanan datang aku terasa marah dengan mereka. Tetapi bila dengan kucing aku, aku biasa saja. Jadi aku beranggapan kaku atau kita tidak sukakan mereka. Ya.. aku amat bencikan mereka yang mengatakan yang diri mereka sukakan kucing. Kucing seringkali ditimpa kemalangan disebabkan sikap manusia yang menggelar diri mereka sebagai seorang yang prihatin dan sentiasa belas kasihan. Mereke yang di Bandar sering menganggap membela haiwan itu dapat menghilangkan rasa bosan dan sunyi mereka. Sebenarnya itu lebih kepada hipokrik. Disinilah bermulanya kisah sedih seekor kucing.
 



Dikhabarkan yang seekor kucing betina dapat menghasilkan 500,000 anak.. wahh banyaknya… tapi  malangnya tuan punya kucing yang ‘prihatin’ ini tidak mahu menjadi tuan bagi jumlah kucing sebanyak itu.
Oleh itu, mereka yang sayangkan kucing ini telah menyebabkan 499 999 ekor kucing yang lain terbiar dan menyebabkan mereka mati dilanggar dan dimakan oleh anjing liar, kelaparan, hujan, rebut, dan kesejukan yang boleh memusnahkan hidup mereka.
 

kucing

Kucing yang wujud dalam hidup aku dulu tidak dapat menemani aku hingga kini. Aku amat sedih aku begitu berharap kucing aku dapat menemani aku. Masih terbayang wajah mereka. Masih teringat bagaimana mereka membesar. Kadang-kadang aku rasa bersalah. Tetapi kadang-kadang mereka yang melarikan diri daripada aku.

Aku berharap kucing ini boleh merancang kehidupan mereka seperti menubuhkan komoniti kucing, menubuhkan bala tentera mereka sediri dan juga mahkamah mereka. Namun apakan daya mereka. Hanya mampu dianiaya oleh manusia.

Kucing diibaratkan sangat dungu seperti gadis yang baik hati dan self-centered. Bagi aku mereka ni tak dapat mengawal diri apabila ternampak barangan flash aku percaya kucing yang jatuh dan mati, kesemunya mesti terpandang sesuatu yang menyeronokkan sehingga terlupa bahaya yang menanti mereka.


flash


Ini seperti gadis yang tahu bahawa mereka hanya main-main tetapi mereka juga jatuh ke perangkap itu. Gadis atau bahasa yang elok bagi aku adalah perempuan boleh disamakan dengan kucing ini dimana mereka tidak dapat mengawal kearifan dan sering mengambil langkah merawat luka apabila ia semakin parah.
Suatu hari nanti apabila mereka tidak lagi berminat dengan benda-benda flash ini, ini bermakna mereka bukannya sudah matang tetapi mereka sudah tua, letih dan tidak berupaya untuk melompat lagi. Mereka dengan mudah meninggalkan benda flash ini sambil memerhati cahaya ini dari jauh.  Dan berpura-pura tidak nampak cahaya itu. Kehidupan mereka sudah berakhir. 


gadis


Aku juga dah lama tak bersosial. Aku juga seolah-olah tiada masa untuk keep in touch dengan kawan-kawan. Kadangkala ada juga aku menghantar SMS. Itu pon hanya beberapa kata yang singkat. Tak pasti sama ada hubungan ini masih beerti antara satu sama lain.


Paintball seri iskandar..

 

memancing

konvoi dulu

Aku pernah terfikir nak melakukan banyak perkara. Kini, perasaan aku sudah tenang dan memahami apa yang aku kehendaki. Cuma aku nak memberitahu sesuatu kepada kawan-kawan aku bahawa reality di kehidupan terletak  pada tangan korang. Ini adalah pegangan aku untuk aku teruskan kehidupan. Aku agak terlambat untuk matang. Nasib baik aku masih sempat meluahkan rasa isi hati aku.

sekarang aku sibuk tetapi aku tidak pulak stress sebab aku tiada exam, ahanya project.. so smile... 2 hari lagi nak cuti...





 -R.E.M.E.M.B.E.R-

 -terima kasih kerana melawat blog ini. :)-



follow la.. nanti aku  follow balik..


 

Demi asignment dan Nawaitu (hati kering)

   Semalam aku dan kawan-kawan aku (BOB, OTAI, MAT UBI DAN ALI) dengan hati keringnya nekad nak pergi buat shooting untuk siapkan assignment kami yang bertemakan mistik. Aduyai.. hahaha
Kami pilih tempat yang memang seram pon.. iaitu kubur. Kubur apa tak taw laa ..mula-mula cari kubur islam..aii tak jumpa… pas tu kami pusing la ikut laluan yang aku rasa kawasan tu yang aku dengar memang keras dan seram gila babeng punya. Iaitu KAMPUNG BALI di waktu jam pukul 12 malam. Mak ai.. seram gila.. tapi nasib baik la masing-masing jenis berani dan otak gila. Walau pun takot pon ada terpaksa la tempuh.

      Yang kami taw jaga hati ja.. maw bersih…  tapi kawasan tu memang takut gila. Dengan gelapnya.. waaa.. takout woo.. radio yang bising dengan lagu ntah apa-apa dengan tingkap kereta yang terbuka tu tadi, kami terus tutup… hormat-hormat..  bila cam tu biasala kan sepi je……
Orang semua bawak kereta laju –laju dengan kelajuan 100kmj kawasan tu. Kami 40kmj ja.. untuk apa bawak slow-slow? Apa lagi cari kubur laaa..  mata liar je… mesti korang pikir kami ni dah giler kan.. pukul 12.20 duk pusing-pusing cari kubur. Huhu…

     Masa kami U-turn tu ntah dari mana ntah anjing datang.. terkejut bodo bila binatang ni mai.. kami pon apa lagi terkejut aaa 

WOIHHHHH anjing…!!! 
   

   Nasib baik la lam kereta. Jadi.. rilek laa. Pastu kami pun Cari punya cari ada la satu kawasan seram..  kami pun terus buat kerja dengan niat… kalau apa-apa jadi terus  cabut. Buakan takut nanti jadi pape hal sapa nak tanggung??? UITM? Lecturer?? Mak bapak kami jugak taw.. aku pon bukan ok sangat dengan benda-benda ni. Nawaitu ja yang penting..  huhuhu

     Masa buat tu.. arahan pun slow-slow ja… pas tu tetiba anjing tadi tu datang.. dengan menyalak-nyalak… jadi kami dengan spontannya terlari.. …


“pelaqqqqqq punya anjing… suka noh menyalak  time cam ni..”


Jadi kami pun prepare dan nekad la apa yang nak but nanti.. ambil cota bob lam keta… pas tu buat la kerja. Nasib baik dia tak datang sini. Huhuhu.



gambaran cota BOB

     Masa shooting, macam-macam jadi yang kami geram.. kat jalan tar. Masa taknak buat. Sunyi je…. Sbijik kereta pun tak ada.  Time kami nak buat atas jalan. Berdesup-desup2 kereta lalu.. ades.. kalau camni bila nak setel. Sabar punya sabar .. jadi laa ..

      Pas tu siap keja yang ni cari kubur cina plak.. jam pukul 2 pagi.  Pergi di batu gajah, cari dan terus cari. Tak jumpa.. last kali kami terjumpa budak motor cina. Masa Tanya budak-budak tu. Diorang macam tak setuju kami pergi sana dan bercakap dalam bahasa diorang yang aku  paham  pun 1/100 sahaja.   Huhu.. mana paham wei.. aku belajar  bahasa mandarin  pun cukup makan ja… hahaha.

Diorang tetiba cakap.. lu shooting esok pagi laaa… kalau pergi sikalang mesti “comfirm ada” punya  kat situ. Rayu punya rayu.. salah seorang tu setuju tunjukkan jalan. 

Sampai ja.. perghhh seram….. kubur cina atas bukit ni.. angin plak sejuk… jadi sebelum masuk tu. Kami cepat-cepat pujuk budak tu supaya stay ngan kami. Untuk keselamatan  saja. Ni tempat diorang mana leh redah je.mesti ada pantang larang dia. Nasib baik dia ok. Jadi dia pun   cakap la benda yang tak boleh.. ok paham..

Pas tu dia sembah  dan “cakap-cakap” dalam bahasa dia. Masa dia cakap tu denga isyarat tangannya  meremang bulu roma aku. Tapi semua cool ja. Senyap je..
Buat keja.. itu ini… dan budak tu pon secara automatiknya terjadi model.  Um.. boleh laa.. .kerja semua menjadi. Aku pon kalo edit boleh la nii…. Pas tu  cina tu “cakap” lagi.. mak aihh.. meremang lagi. tengah kubur ni.. huhu.

 Pastu kami pun turun dan sebelum balik kena hormat kat penghuni kubur tu… ikot ja.. ya laa..tempat orang.. nanti silap langkah kang masalah. Huhu.. balik ja semuanya  diam ja.. cakap pon biasa-biasa ja.. ummm ok.. nassib baik tak ada masalah apa-apa.. balik ja.. kami terus gi mminum  jam pukul 4.30pagi. pas tu balik.. lepak jap.. dan terus tido.Huhuhu.. apa leh buat..  demi assignment… berjaga malam tu biasala bagi student kan…   

bawah ni diantara work-work kami... tak antaq lagi ni...aku punya pondok tu ja.. biaq piiii.







tempat orang kena jaga adap taw… yang penting nawaitu..  dan kami masih lagi amalkan prinsip kami geng kami kat sini..

“KITA BUAT DIA, BUKAN DIA BUAT YANG BUAT KITA.”

Tagline ni sesetengah ja yang aku sebarkan… tu pun yang aku rasa rapat je. Takpe. 
Yang penting masih lagi friend.  cuma aku blurrrrrrr...

-maaf atas kata-kata yang kurang disenangi..