Tuesday, August 16, 2011

mereka,motor, dan malam

halo semua. tadi aku baharu sahaja join sekumpulan member-member yang  boleh dikatakan otak motor atau lebih dikenali MAT REMPIT. aku join??? yup aku hanya membonceng sambil melihat gelagat dan reaksi mereka yang sedang ghairah berlumba. memandu didalam kelajuan maksima memang best. aku tengok motor diorang ini kebanyakan telah diubahsuai dengan menukar kaburetor, clutch, tayar kecik, ekzos dan ada juga motor kategori motor kedai. (Standart)

pelbaagai motor ditunggang, tetapi yang paling ramai mengunakan motor HONDA EX5..disebabjan motor jenis ini murah dan alat ganti mudah dicari sekiranya terdapat kerosakan. yerla. pandu lajukan maw tak barai motor tu.

eh dibulan puasa pon ada lagi mat rempit? derr..ko ig diorang ni hantu ke. perempit jalanan je. hantu pon ada jugak dibulan puasa taw. jangan konfius tentang tu.hahaha.

bila berada dikumpulan agak ramai aku perhati dan bersembang kejap dengan diorang. diorang memang sporting dan apabila bercakap mereka hanya bercakap pasal motor masing-masing. ada juga yang memberi idea tentang modifikasi enjin supaya boleh challenge antara satu sama lain. bercakap pasal ni aku hanya tahu serba sikit dan kadang-kadang tergelak dengan reaksi diorang yang bercakap sambil mengayakan situasi mengejar dan memotong antara satu sama lain.

pada masa ni, aku lebih suka berada dengan kepala (leader,jurupandu) supaya aku takla hilang. aku tak memandu k. yela apabila jalan clear gear akan ditukar dan minyak akan dipulas serta merta. dengan keadaan macam tu. semuanya secara automatik akan menundukkan kepala supaya motor menjadi ringan sedikit kerana duduk menegak akan menghalang pergerakan danakan melambatkan kelajuan.. semuanya bertungkus-lumus mengejar antara satu sama-lain. tak kiralah kau tu gemok ke kurus ke.naik janji dapat kejar sampai ke penamat yang dipersetujui.

jalan yang dipilih tadi adalah jalan Highway alor setar - jitra.  masa dianggarkan 15 minit je.. diorang ni memang gila. hahaha.

kemudian berpatah balik ke alor setar. kali ini ikut jalan Langgar. dan balik ke jalan yang paling panas dan popular dikalangan mat rempit atau mamat kereta iaitu jalan pegawai.

ketika bergerak perlahan-lahan dan sebaik sahaja terserempak kumpulan motosikal lain. hon akan dibunyikan oleh kumpulan masing-masing. ia bertujuan adalah untuk menyapa dan selain tidak bukan adalah untuk memanggil mereka supaya ikut serta mengekori mereka ke JALAN PEGAWAI. jadi kumpulan kami tadi sedikit- demi sedikit teiba-tiba menjadi panjang. wahhh meriahhh.. tapi takut jugak kalau-kalu ada hatu polis atau lebih dikenali sebagai apa ntah.. BANG KHAI atau BANKAI aku pon tak pasti. tapi aku percaya mesti ada punya kan.

jadi apabila sampai ja tempat yang aku cakap tadi.. haaa.. tempat ni dijadikan pilihan disebabkan jalan yang lurus sepanjang 2 kilo kot kalo tak silap. rata dan tak ramai kereta dan motor laulalang. memalam macam ni sapa nak lalu kan.. meme lerrrrrrrr line  clearr.huhu

biasanya yang race adalah motosikal 125 z. motor ni memang top di kedah. ia dijadikan pilihan untuk mesin berlumba adalah motor ni jenis ranggi, laju, dan bunyi yang nyaring kot. aku agak je la.. .

kemudian aku tengojk jam pon dah lewat dah. ahh bila masa lagi nak sahur. kang tak sahur teruk aku nak buat kerja esok.. huhu..

aku pon apa lagi. gitaw la member aku ni. jom ar balik.. dah pukul berapa ni. kang polis serbu naya ja. jom blah.. kami pon balik la slow-slow  dengan sejuk suhu bilik. hahha

masa aku balik aku tengok alor setar ni memang tak ramai orang.  ini sebab alor setar ni pelik sikit taw. perempuan yang kuar melepak kat alor setar pada tengah waktu selalunya akan dipanggil bohsia, belen(sama ja dengan bohsia tu). nak tahu kenapa? yerla kat kedah ni elok ja malam-malam dok umah. bahaya taw. aku harap mana-mana awek-awek yang teringin nak lepak malam konon-konon nak OVERNIGHT tak payah la k. duk jer umah tu. sekali lagi bahaya... aku orang kedah aku tahu la.. ramai yang rosak selalunya yang kena kacau adalah budak kolej. memang ramai. pelajar insaniah juga tak terkecuali taw. aku lagi tak percaya dengan pelajar jenis ni. mudah sangat kena pujuk. (dari kata-kata member aku la.)

DATARAN.. dihadapan  masjid zavhirdiadalah satu-satunya tempat yang top untuk orang lepak-lepak. tadi aku tengok pon adalah dua tiga tompok tengah lepak kat depan but kereta. sembang apa ntah.. yang main bola pon ada. budak pompuan pon ada. heeee.. lawa...apala diorang buat duduk situ. tak takot ke kena kacau. lantak korang laa.. kisah pe aku.  

k. tu jer aku nak tulis. kalau tak paham tu. maaf la.. aku cuma tulis ja.. apa yang terlintas di kepala aku ni. dan aku join ini group hanya sekadar nak tahu sendiri dan nak share pengalaman aku dan aku juga tahu bahaya yang mungkin terjadi kat diri aku ni.. dah nak raya dah niii.. huhuhu

dari anak jati kedah yang membesar dengan pelbagai pengalaman  dan pancaroba dimana disiniiii semuanya bermula..  jadi enjoy laa k...


# aku bukan mat rempat...huhuhu...harap diorang ni insaf. kkkk

caww sahur dulu

pic yang sempat aku tangkap.. maaf gambar tak clear...


1



2



 
3

ready nak set la nii

.............

kalau korang nampak atau lalu jalan diorang race.. jangan la duduk tengah k.. jalan ke tepi..  unutk elakkan  apa-apa yang tak ingini berlaku ja. diorang ni akan pulassssssssssss je. bukan igt orang len dahhh.. huhu..

k aku taknak cita dah... sekali lagi.. aku hanya join tengok sshaja k.
dan aku bukan perempit walaupon semua remaja yang menaiki motosikal di waktu malam,atau siang sentiasa dianggap mat rempit. kenapppa hahh... kerana nila setitik,takkan rosak susu sebelanga kot??? ce cita.. huhu

sahur luuu

Sunday, August 14, 2011

sekadar kenangan

……………………………………………………………………..   ……………………………………………………………………

pejam celik pejam celik dah bulan 15 kita puasa kan. Fuhh amacam posa korangg??? Besttttt??

Hehehehe

hari ini life aku biasa sangat, yela tak tido malam. Ngadap laptop, tengok movie ja tiap-tiap malam dan pukul 4 pagi kejut mak aku suruh masak dan famiiy serta orang lain yang  aku rasa best je mesej  suruh bangun sahur. Konon kejut la tuu.. hahaha. Tapi aku saja tak nak kejut kekadang .. saja nak tengok ada respon ke tak.

Tunguuuuu punya tunggu jam dah pukul 4.20 pagi.. msg pon sampai… aku senyum je.. dia kejutkan aku laaa.. huhu sapa dia nanti la aku gitaw... just friend. Tu saja aku boleh cakap. Nanti orang kata aku ni SS plak kan. Sapa la aku ni kan nak perasan semua tu.. hahhaha..

k skip dulu no. ada kesah sikit nak cer ceta cikit.

Pas sahur aku dan keesokkan hari nya pas aku mandi. Aku pon belek-belek la keta yang agak lama aku tak sentuh rasa-rasa  ada la dalam 3 minggu kot.   Alahai my PGE…

Kemas itu kemas ini. Tiba-tiba aku ternampak kertas di tempat CD. Pada mulanya aku ingat kertas apa la tu.. ingat nak buang ja. Pas tu aku tengok dan tiba-tiba aku tersengih sorang-sorang… dan  terkata..”surat dari wiper “. Bermaksud “surat dari jiran sebelah”. 

Jiran sebelah rumah aku kat sri iskandar tu. Yess perangai diorang ni aku pon pelik sekali dengan aku dan housemate aku sekali. Boleh dikatakan gile ja perangai.

Hahaha  aku gelak pasal terkenangkan masa kami main ketuk-ketuk dinding. DUM DUM geddegung gedegang… ..masa tu kami guna macam-macam benda nak ketuk.

 Contohnya : hammer,kaki, batu ,pen,pensel dan macam2 lagi.

Bising ke tak wahaaaaa memang bising la line taman tu. Yang best tu makcik –makcik sikit pon tak kesah bila kami wat cam tu. Kenapa erk..? bila aku gi beli nasi kat makcik tu ada la dia tanya.. dapat keluar tak dengan jiran yang korang ketuk malam-malam tu? Aku pon…ah sudahh.. hehehhe .. belom lagi.. sibuk..nanti keluar la.. dapat punya…kalau bab makan-makan tu.

Kalau korang nak tahu satu semester kami ketuk  dinding umah tu. Samapai kesan hammer..kaki memang penuh kat bilik kami tu. Hahaah.

Dari ketuk-ketuk mulalah bercakap.. tapi kot tingkap. Bising je memalam. .sembang sapai pagi. Diorang pulak melayannn jer… bila diorang tanya nama kami bagi nama samaran. Yela malas la nak kasi nama betul.. bahaya ooo..

Pas bercakap kot tingkap. Kami kenal diorang, dan start rapat . kami suruh diorang masak. Diorang masakkan. Megi pon megi  lahh.. sedap tak sedap belakang kira. Hehehe gatal je otak time tu.
Macam mana pon diorang ni tolong aku time shooting TVC. Iklan pendek pasal projek major aku dulu. Terima kasih bebanyak.

Sekarang kami dah pindah ke rumah lain dan tak lagi berjiran. Memang best berjiran dengan diorang dulu tapi sejak dah pindah dulu aku dah jadi semakin pelik dan janggal dah dengan diorang.kurang berjumpa dan bercakap. Nak kata marah.. diorang biasa ja cakap.. merajuk? Tak pulak.. biasa ja.. mereka hanya jiran je.. aku rasa mungkin time tu aku jadi segan dengan diorang sebab aku dah part 7 kot. Tapi biasa ja. Diorang bukan tahu pon status semester berapa aku kat sana. Hahaha..

Bila last jumpa  ramai-ramai kat kedai makan dulu. Diorang cakap kat aku yang aku ni dah sombong dan tak banyak cakap sangat.  Tapi aku cakap ja layan macam biasa. 

Now kami bercuti dan aku ada cakap selamat tinggal dan jumpa lagi… tapi ya kita akan bejumpa lagi  sebab aku dapat tawaran unutk buat degree disana. Di uitm perak.

Dibawah ni aku uploadkan surat diorang yang asli yang diorang letak di cermin kereta aku yang aku ingat surat saman parking time tu… memang biasa-biasa ja mmg nama tak ditulis disitu tapi aku tahu siapa yang tulis dan sapa yang ada semasa tu. Ala tgk pun dah taw… rambut ikat tocang dan racun serangga.. sapa lagiii/..

Hahahahahaha..  jiran.. ~~~memang aku gatal kan.. tapi tahap low level k.

Ni la surat diorang masa aku part 7 dulu… opsss jiran sori nookalau terbaca dan jangan marah.. pasal upload ini surat..hehehe saja nak share.. tu je.. tiada unsure-unsr nak malukan…k.
klik kalu nak membesar
k la.. pas baca tu  maaf la pasal cam serabut sikit story ni kan.. hahah aku bukan penulis novel k nak tulis lawa-lawa lagi ayat brbunga-bunga. huhu k wasalam.

Saturday, August 13, 2011

No idea

wah. sedar tak sedar puasa dah 13 hari dah.. tangan pon dah sembuh. boleh panjat pokok dan bumbung lagi. hehehe.

malam ni aku taknak tulis banyak-banyak sangat pasai tak da ide nak tulis apa. cuma nak update ja. selamat berpuasa...

Sunday, August 7, 2011

Kesan hari itu..2

sakit-sakit.. cam na nii.. sakitlahhh.. kalu melarat dan sakit lagi,, nak pergi jumpa doktorlah... akhirnya kena balut dah tangan ni.... huhuhu... yang aku risau bukan apa. aku seorang kidal. melukis, menulis, wat kerja kebanyakan menggunakan tangan kiri. doakan supya tangan ni cepat sembuh dan tak sakit lagi dan sembuh seperti sediakala.

tapi aku takkan berputus asa.. huhu
tapi bila berbalut ni.. kurang sikit sakit ni.. k out dulu noo

huhuhu,,, lallaaala

Saturday, August 6, 2011

Ya.. "saya bebas!"

humm nampaknya tangan aku dah semakin sembuh. tak sakit-sakit lagi dah. alhamdullilah. nasib baik tangan tak retak. esok kena pegi berubat lagi. aduhaiii sakit lahhh...

nak cita sikit.. tadiii ..baru saja terbaca dari blog dia.saja terringat. humm .. menarik... sama dengan ayat yang aku tulis ari tu. ini bermaksud dia* ada tengok  dan baca my blog. terima kaseh taw.



...........................................................


humm.. harap kita masih ok kalau terjumpa dimana-mana. untuk pengetahuan awak.. saya baru saja tamat pengajian di perak tu. baru ja nak ucap selamat tinggal  tapi... uitm perak masih taknak lepaskan saya  lagi. dapat lagi kat perak tu .saya sambong lagi kat sana. degree. kos sama jugak.

saya baru ja baca blog  23 july. dan abis baca saya terus tersenyum. sama.ngan saya tulis... sekarang dah tak rasa apa-apa dah. its ok.. pasal block dari facebook tu. tak apalah ..saya terima jer. tapi saya masih lagi boleh tengok page awak. bukan stalker taw. sesaja nak tengok perkembangan dari masa ke semasa awak. wat masa ni.. awak masih ok kan.. syukurlahh...

satu lagi. pasal post-post di facebook tu mmg saya macam tu. maaf banyak-banyak. sekarang pon saya cuba untuk menjadi seorang yang lebih bersedia dan cepat bertindak (cam tentera pulak) akan jadi lebih serius sikit. yerla saya kan jenis yang orang nampak macam main-main kan.

macam mana pon saya taknak cakap pasal "saya bukan yang terbaik untuk awak...kasih, sayang yang awak ada tu, bukan untuk saya..ada orang lain yang lebih layak tok berkongsi suka duka dengan awak.."
huhu.. kita ni kan hanya merancan kan..

hummm buat masa ni biasa la dalam proses kenal mengenal. awak... susah la... ... tak macam dulu  tak boleh skype..mms.. tak ada orang temankan malam-malam bila saya buat kerja, humm..tak best laa.. maaf

tapi semua tu dah berlalu dan saya sangat menghargainya.

dan lastttt sekali nak repair sikit je. bukan SAYA BEBAS!..tp KITA BEBAS! berbahagialah dengan si dia k. jangan gaduh-gaduh. dan awak  teruskan pada study awak tu dan berharap jadilah cikgu yang baik. jadi la cikgu yang garang sebab pelajar sekarang memang pelik. terima kasih sebab beri peluang saya kenal awak, melayan karenah saya, dan segala-galanya k.

k laa. setakat ini ja. nanti kawan-kawan kata saya ni jiwang pulak. huhu...

semoga awak mula menjalani kehidupan yang baru dan mula melangkah seperti biasa. macam mana pon kita tetap akan berkawan macam biaasa k. selamat berpuasa dan selamat hari raya dan selamat hari jadi bila tiba masanya nanti k.

semoga berjumpa lagi... mmmmm...

zzzzzzzzzzz.....


see yahh






nota: *andai itu takdirnya..kita terpaksa menerimanya dengan hati yang rela walaupon perit kan?

Friday, August 5, 2011

Kesan hari itu..

Huuuu… salam semua..

Nak cita sikitt laa.. pas jatuh  ari tuu.. efek dia dah dapat rasa dahh..

Aku baru ja pergi urut tangan aku yang keding ni kat orang yang terer urut. Pergh sakit sial dia urut. Tapi bila orang tengok dia urut nampak cam tak sakit sangat pon. Yerla sendi dah lari pon aku masih tak perasan.

Mula-mula tak rasa apa-apa pon.  Aku start perasan pon yang tangan sakit ni bila time posa. Keja dah abis bro. mesti sakit-sakit pon mula rasa kan. Alahaiii..

Semalam aku pergi urut apabila aku dengan selambanya report katfamily aku bila diorang perasan yang bila aku asyik pegang ja tangan aku pas aku angkat barang guna tangan kiri ni. Pas tu diorang tanya la pasai pa.. aku pon kata sakit. Pasai pa taktaw. Kata cam tu la. Pas tu ayah aku belek-belek dan tekan sendi kat pergelangan tangan dan bandingkan ngan tangan kanan aku ni. Nahh amik… timbul sikit. nampak cam tulang sendi nii dah lari. Patot sakit.

Huhu..  apa lagi terus ayah aku bawak aku pi urut. Tukang urut tu usha-usha dia baca doa sikit sapu ubat terus dia urut.

Tapi yang aku pelik dia tak urut tempat yang aju sakit tu. Tapi dia urut kat siku. Aku tunjuk la sakit sini pak cik. Dia pon sengih.  Dan tiba-tiba dia tekan tekan/pcit kat otot dekat siku. Aku pon apalagiii..

ADESSSSSSSSSSSSS!!!! Sakitt pak cik.. haha dial eh gelak. Dia kata mmg sakit kat tangan. Tapi punca dia kat ssiku. Sakit ok la tu.. kalo tak rasa lama-lama tak leh angkat tangan hang ni.. said pak cik tu.. huhu.. mana saya pi taw pak cik.  Urut pak cik.. saya seorang kidal pakcik.

Dia pon urut laa.. urut-punta urut.. pas tuu lagi sekali.. POP!!!.. aku dgr bunyi tangan cam meletop sikit.. pak cik ni buat lagi. Dia rentap dow tangan skeleton aku ni.. tak sakit sangat tapi layan plak.. ringan ja tangan. Aku sengih la.. dia tanya camna try libas-libas,gerak-gerak tangan tu. Aku gerak-grakkan.. ehh kurang sikit. huu..

Dia kata. Tangan dah bengkak seblah. Hum besok mai lagi. Wat lagi sekali tangan tu. Dan dia ada nasihat aku. “ni nak habaq sikit.. kalo ada jtoh ka kena pi urut. Takot cedera dalaman ka,badan tegezut ka. Tak kira badan tak jadi apa-apa. ” aku pon angguk aa pala.. hehehe

Pas tu aku balik dan kesokkan ari nya (hari ini) tangan sakit lagi. Nahh.. esok kena pi lagi kott… huhuhu..

·       **Aku ucapkan selamat berpuasa kepada kawan-kawan yang mengenali aku ni.  K tido dulu.. nak sahur jap lagi. huhu