Sunday, July 1, 2012

Demi asignment dan Nawaitu (hati kering)

   Semalam aku dan kawan-kawan aku (BOB, OTAI, MAT UBI DAN ALI) dengan hati keringnya nekad nak pergi buat shooting untuk siapkan assignment kami yang bertemakan mistik. Aduyai.. hahaha
Kami pilih tempat yang memang seram pon.. iaitu kubur. Kubur apa tak taw laa ..mula-mula cari kubur islam..aii tak jumpa… pas tu kami pusing la ikut laluan yang aku rasa kawasan tu yang aku dengar memang keras dan seram gila babeng punya. Iaitu KAMPUNG BALI di waktu jam pukul 12 malam. Mak ai.. seram gila.. tapi nasib baik la masing-masing jenis berani dan otak gila. Walau pun takot pon ada terpaksa la tempuh.

      Yang kami taw jaga hati ja.. maw bersih…  tapi kawasan tu memang takut gila. Dengan gelapnya.. waaa.. takout woo.. radio yang bising dengan lagu ntah apa-apa dengan tingkap kereta yang terbuka tu tadi, kami terus tutup… hormat-hormat..  bila cam tu biasala kan sepi je……
Orang semua bawak kereta laju –laju dengan kelajuan 100kmj kawasan tu. Kami 40kmj ja.. untuk apa bawak slow-slow? Apa lagi cari kubur laaa..  mata liar je… mesti korang pikir kami ni dah giler kan.. pukul 12.20 duk pusing-pusing cari kubur. Huhu…

     Masa kami U-turn tu ntah dari mana ntah anjing datang.. terkejut bodo bila binatang ni mai.. kami pon apa lagi terkejut aaa 

WOIHHHHH anjing…!!! 
   

   Nasib baik la lam kereta. Jadi.. rilek laa. Pastu kami pun Cari punya cari ada la satu kawasan seram..  kami pun terus buat kerja dengan niat… kalau apa-apa jadi terus  cabut. Buakan takut nanti jadi pape hal sapa nak tanggung??? UITM? Lecturer?? Mak bapak kami jugak taw.. aku pon bukan ok sangat dengan benda-benda ni. Nawaitu ja yang penting..  huhuhu

     Masa buat tu.. arahan pun slow-slow ja… pas tu tetiba anjing tadi tu datang.. dengan menyalak-nyalak… jadi kami dengan spontannya terlari.. …


“pelaqqqqqq punya anjing… suka noh menyalak  time cam ni..”


Jadi kami pun prepare dan nekad la apa yang nak but nanti.. ambil cota bob lam keta… pas tu buat la kerja. Nasib baik dia tak datang sini. Huhuhu.



gambaran cota BOB

     Masa shooting, macam-macam jadi yang kami geram.. kat jalan tar. Masa taknak buat. Sunyi je…. Sbijik kereta pun tak ada.  Time kami nak buat atas jalan. Berdesup-desup2 kereta lalu.. ades.. kalau camni bila nak setel. Sabar punya sabar .. jadi laa ..

      Pas tu siap keja yang ni cari kubur cina plak.. jam pukul 2 pagi.  Pergi di batu gajah, cari dan terus cari. Tak jumpa.. last kali kami terjumpa budak motor cina. Masa Tanya budak-budak tu. Diorang macam tak setuju kami pergi sana dan bercakap dalam bahasa diorang yang aku  paham  pun 1/100 sahaja.   Huhu.. mana paham wei.. aku belajar  bahasa mandarin  pun cukup makan ja… hahaha.

Diorang tetiba cakap.. lu shooting esok pagi laaa… kalau pergi sikalang mesti “comfirm ada” punya  kat situ. Rayu punya rayu.. salah seorang tu setuju tunjukkan jalan. 

Sampai ja.. perghhh seram….. kubur cina atas bukit ni.. angin plak sejuk… jadi sebelum masuk tu. Kami cepat-cepat pujuk budak tu supaya stay ngan kami. Untuk keselamatan  saja. Ni tempat diorang mana leh redah je.mesti ada pantang larang dia. Nasib baik dia ok. Jadi dia pun   cakap la benda yang tak boleh.. ok paham..

Pas tu dia sembah  dan “cakap-cakap” dalam bahasa dia. Masa dia cakap tu denga isyarat tangannya  meremang bulu roma aku. Tapi semua cool ja. Senyap je..
Buat keja.. itu ini… dan budak tu pon secara automatiknya terjadi model.  Um.. boleh laa.. .kerja semua menjadi. Aku pon kalo edit boleh la nii…. Pas tu  cina tu “cakap” lagi.. mak aihh.. meremang lagi. tengah kubur ni.. huhu.

 Pastu kami pun turun dan sebelum balik kena hormat kat penghuni kubur tu… ikot ja.. ya laa..tempat orang.. nanti silap langkah kang masalah. Huhu.. balik ja semuanya  diam ja.. cakap pon biasa-biasa ja.. ummm ok.. nassib baik tak ada masalah apa-apa.. balik ja.. kami terus gi mminum  jam pukul 4.30pagi. pas tu balik.. lepak jap.. dan terus tido.Huhuhu.. apa leh buat..  demi assignment… berjaga malam tu biasala bagi student kan…   

bawah ni diantara work-work kami... tak antaq lagi ni...aku punya pondok tu ja.. biaq piiii.







tempat orang kena jaga adap taw… yang penting nawaitu..  dan kami masih lagi amalkan prinsip kami geng kami kat sini..

“KITA BUAT DIA, BUKAN DIA BUAT YANG BUAT KITA.”

Tagline ni sesetengah ja yang aku sebarkan… tu pun yang aku rasa rapat je. Takpe. 
Yang penting masih lagi friend.  cuma aku blurrrrrrr...

-maaf atas kata-kata yang kurang disenangi..

No comments:

Post a Comment