Sunday, July 1, 2012

Kucing & Gadis

Aku semakin tenang sekarang dan memahami erti hidup yang sebenarnya. Aku tidak membela kucing sekarang. Kadangkala apabila aku terpandang gambar kucing aku dulu. Aku akan merindui mereka. MOMO kucing yang paling aku sayang.

Sememangnya aku tidak sukakan kucing. Kenapa? sebab bila kucing dijalanan datang aku terasa marah dengan mereka. Tetapi bila dengan kucing aku, aku biasa saja. Jadi aku beranggapan kaku atau kita tidak sukakan mereka. Ya.. aku amat bencikan mereka yang mengatakan yang diri mereka sukakan kucing. Kucing seringkali ditimpa kemalangan disebabkan sikap manusia yang menggelar diri mereka sebagai seorang yang prihatin dan sentiasa belas kasihan. Mereke yang di Bandar sering menganggap membela haiwan itu dapat menghilangkan rasa bosan dan sunyi mereka. Sebenarnya itu lebih kepada hipokrik. Disinilah bermulanya kisah sedih seekor kucing.
 



Dikhabarkan yang seekor kucing betina dapat menghasilkan 500,000 anak.. wahh banyaknya… tapi  malangnya tuan punya kucing yang ‘prihatin’ ini tidak mahu menjadi tuan bagi jumlah kucing sebanyak itu.
Oleh itu, mereka yang sayangkan kucing ini telah menyebabkan 499 999 ekor kucing yang lain terbiar dan menyebabkan mereka mati dilanggar dan dimakan oleh anjing liar, kelaparan, hujan, rebut, dan kesejukan yang boleh memusnahkan hidup mereka.
 

kucing

Kucing yang wujud dalam hidup aku dulu tidak dapat menemani aku hingga kini. Aku amat sedih aku begitu berharap kucing aku dapat menemani aku. Masih terbayang wajah mereka. Masih teringat bagaimana mereka membesar. Kadang-kadang aku rasa bersalah. Tetapi kadang-kadang mereka yang melarikan diri daripada aku.

Aku berharap kucing ini boleh merancang kehidupan mereka seperti menubuhkan komoniti kucing, menubuhkan bala tentera mereka sediri dan juga mahkamah mereka. Namun apakan daya mereka. Hanya mampu dianiaya oleh manusia.

Kucing diibaratkan sangat dungu seperti gadis yang baik hati dan self-centered. Bagi aku mereka ni tak dapat mengawal diri apabila ternampak barangan flash aku percaya kucing yang jatuh dan mati, kesemunya mesti terpandang sesuatu yang menyeronokkan sehingga terlupa bahaya yang menanti mereka.


flash


Ini seperti gadis yang tahu bahawa mereka hanya main-main tetapi mereka juga jatuh ke perangkap itu. Gadis atau bahasa yang elok bagi aku adalah perempuan boleh disamakan dengan kucing ini dimana mereka tidak dapat mengawal kearifan dan sering mengambil langkah merawat luka apabila ia semakin parah.
Suatu hari nanti apabila mereka tidak lagi berminat dengan benda-benda flash ini, ini bermakna mereka bukannya sudah matang tetapi mereka sudah tua, letih dan tidak berupaya untuk melompat lagi. Mereka dengan mudah meninggalkan benda flash ini sambil memerhati cahaya ini dari jauh.  Dan berpura-pura tidak nampak cahaya itu. Kehidupan mereka sudah berakhir. 


gadis


Aku juga dah lama tak bersosial. Aku juga seolah-olah tiada masa untuk keep in touch dengan kawan-kawan. Kadangkala ada juga aku menghantar SMS. Itu pon hanya beberapa kata yang singkat. Tak pasti sama ada hubungan ini masih beerti antara satu sama lain.


Paintball seri iskandar..

 

memancing

konvoi dulu

Aku pernah terfikir nak melakukan banyak perkara. Kini, perasaan aku sudah tenang dan memahami apa yang aku kehendaki. Cuma aku nak memberitahu sesuatu kepada kawan-kawan aku bahawa reality di kehidupan terletak  pada tangan korang. Ini adalah pegangan aku untuk aku teruskan kehidupan. Aku agak terlambat untuk matang. Nasib baik aku masih sempat meluahkan rasa isi hati aku.

sekarang aku sibuk tetapi aku tidak pulak stress sebab aku tiada exam, ahanya project.. so smile... 2 hari lagi nak cuti...





 -R.E.M.E.M.B.E.R-

 -terima kasih kerana melawat blog ini. :)-



follow la.. nanti aku  follow balik..


 

No comments:

Post a Comment