Wednesday, August 1, 2012

Cita-cita aku


Humm cakap pasai cita-cita.. semua ada cita-cita kan? termasuklah aku yang poyo ni..  hari ni aku tetiba terpikir pasai cita-cita aku semasa aku  berangan sendiri kat ofis masa main internet sambil buat kerja.

Cita-Cita adalah impian. Impian untuk menjadi atau mendapatkan sesuatu yang diingini atau diminati.Masih saya ingat dahulu, ketika masih kanak-kanak pelbagai cita-cita yang disebut ketika diajukan soalan oleh cikgu masing-masing.

Ada yang bercita-cita menjadi seperti ibu bapa mereka, ada yang bercita-cita menjadi idola ikutan hati dan tidak kurang juga terikut-ikut watak televisyen terutamanya watak super-hero.

Tapi itulah impian dikala sedang berada di bangku sekolah rendah. Mungkin ada yang terlalu mengikut dan memang ada yang tidak realistik. Namun setelah dewasa, masihkah kita punyai satu cita-cita yang realistik yang sudah tersedia dalam hati. Atau masih tidak mempunyai atau mengetahui cita-cita sendiri?

Bercita-cita tidak hanya bermaksud kepada kerjaya kita suatu hari kelak. Bercita-cita juga bermaksud mendapatkan sesuatu yang kita idamkan. Tapi kan  cita-cita ni penting bagi kita untuk maju dalam kehidupan ni taw.

ok.  ni la cita-cita aku.

1. PEGAWAI BOMBA



 ni la cita-cita  pertama kali aku sebut kat cikgu aku. dulu walaupon aku tak tahu apa tu cita-cita tapi aku rasa apa yang cikgu tanya tu buat aku faham dan tetiba saja aku teringat bomba. masa tu aku ingat lagi kebakaran kilang kat kawasan rumah aku ni. cam best ja main air tu. selepas aku bagi taw cita - cita aku tu kat cikgu, cikgu ada tanya kenapa nak jadi pegawai bomba? aku cakap la nak selamba orang la cikgu. 

lepas tu dia tanya, boleh ka jadi, saiz kamu ni kecil? tak takut api? jadi aku jawab la yang kecik la senang menyusup masuk selamatkan orang. masa tu otak biol lagi. mana tahu syarat-syarat dia maw orang besaq. hahaah.


2. PEGAWAI POLIS




ini adalah cita-cita kedua aku bila aku tingkatan 1. aku tak tahu lah kenapa aku pilih polis ni. mungkin bila aku kena tahan  roadblock kot dengan ayah aku. aku tengok diorang ni pakai smart, ada senapang, dah tu selamba ja berhentikan lori  mintak lesen dan tangkap orang. tapi aku tak tahu la best ke tak. aku tengok dalam TV : GERAK KHAS tu tak la macam mana pon bahaya dia. tapi,  ni sekejap ja. sejak -sejak aku disaman oleh polis dijalan dengan alasan tiada lesen aku cita-cita aku mula terkubur cam tu saja. hahaa.. murahnya cita-cita aku.. bukan apa. pegawai polis muda,  dia boleh sound aku naik motor tak dak lesen, aku taw salah aku tapi saman sudah la, aku ada alasan tersendiri taw. aku emergency time tu. huhu. tapi aku tak la benci polis sampai anti terus. aku masih sanjung polis ni. yela.. apa-hal kalo jadi apa-apa polis jugak yang kita pi buat report kan? kan? huhu..

 3. PERDANA MENTERI





ini adalah cita-cita aku yang paling menggunung bagi aku semasa pemerintahan Perdana menteri kita yang keempat tu. layanzzz..  masa tu aku ditanya lagi semasa sesi suaikenai dengan cikgu di awal pembelajaran sekolah. ala standart la tu kan time sekolah baru buka. hahaha.. bagi tahu nama, cita-cita   duduk kat mana. padahal bukan dia ingat pon. tak perkenal nama pon leh kenai apa. haha. dulu aku memang kecik . dan bising sikit. sampai kat dalam kelas asyik kena ja panggil depan. tapi aku baik la sikit. naik form 4 dan 5 terus jadi pengawas, haha. pengawas aku pon tak taw apa tugas aku. aisey...  tapi  layan

teringat masa aku bagi tahu. cikgu tanya kenapa nak jadi perdana menteri? aku pon jawab la. kalau tak jadi perdana menteri maybe saya leh jadi timbalan. kalau saya tak leh jadi  timbalan jugak saya masih ada jawatan yang tinggi-tinggi lagi kan cikgu.

sebenarnya aku senyum ja time tu.. aku mana berani jawab apa-apa. aku segan sikit pada orang yang tua pada aku ni. huhu... :P
sekurang-kurangnya aku pernah ada cita-cita nak jadi orang korporat. tapi sekarang aku tak tahu la. politik sekarang macam mana. huhu.. nanti kerajaan dah nak bubar dah kan? harap pilihan kitamembuat pilihan yang betul nanti. kita semua dah besaq dah kot kan. pandai2 la kita nanti nak buat pilihan. ingat jangan cuba la nak cuba try test  kerajaaan mana yang sesuai no. silap pilih nanti merana l nanti. huhuhu. tapi aku ni bukan pandai sangat hal politik ni.. hahhaha. 



4.CIKGU ATAU LECTURER





Cita- cita yang keempat ini semasa aku mula menjejakkan kaki aku ke Menara Gading di UITM MACHANG. iatu IPTA pertama aku sebelum aku transfer ke perak ni. masa ni otak aku mula berfikir masa depan yang aku tak pernah aku nampak langsung pon.

masa tu aku sangat bersemangat nak jadi lecturer. aku tengok kerjaya diorang ni macam rilek ja. tapi.. bilaaku follow dan duduk semeja . aku mula terdedah dengan kerjaya depa ni. humang aih.. cam penat plak aku dengar. 

satu lagi.. aku mula terpikir, aku ni boleh ke cakap di depan orang ramai. presentation pon terkantoi-kantoi. hhuhu.. 5 minit pon dah mengelabah. dengan percakapan aku yang kadangkala tu jangan orang tak faham aku cakap, aku sendiri pon tak tahu apa yang aku cakap.tapi bagi aku tu tiada masalah untuk aku. pandangan aku, jika orang nak sesuatu dan memahami apa yang aku nak sampaikan, mereka ni mungkin akan berusaha untuk faham kan. jadi aku masih lagi macamni. nak faham tu faham la.. kalo taknak pon tak pa. aku tak rugi pon. :) yang penting aku tak kedekut ilmu.


5. Designer



sebenarnya aku pon tak tahu ini cita-cita aku atau pon tak. rasanya ni bukan cita-cita aku. mungkin sebagai kerjaya yang akan aku ceburi nanti kot. yela.. dah yang ni aku blajar kan. takkan tetiba nak jadi mekanik. aku mana pandai bab-bab tu.  huhu... tapi aku pon takot nak masuk bidang designing ni. sebabnya maybe pack dengan customer kan. kerja yang menimbun. yela. belajar pon sampai tak tidur berhari-hari. (aku tidur jugak kalo penat)

tapi disebabkan kakak aku berkahwin dengan abang ipar aku yang jugak dalam bidang designer aku taw la sedikit sebanyak dalam bidang ni. wah.. memang dalam jangkaan aku,, layanzzz,,

video ni contoh je la.. :P



k la tu ja aku nak sampaikan. aku ada cita- cita. korang???

bye.

tq membaca no... follow la mnanti aku folow balik . :)




No comments:

Post a Comment