Sunday, October 2, 2011

Hari ini...

Hari ini.

Hari ni… hari yang biasa bagi smua orang dan merupakan hari “merdeka” kepada rakan-rakan aku kerana Berjaya menamatkan pengajian diperingkat diploma. Walaupon ada yang  tepaksa extend, berpraktikal di negeri sendiri. Daripada mimik muka mereka aku pasti mereka begitu gembira kerana segala penat lelah mereka selama 3 tahun di UiTM ini terbalas.

di sini aku menumpang kegembiraan yang diraikan oleh mereka dan Tahniah aku ucapkan kepada rakan-rakan diploma.aku tahu bertapa nikmat dan seronoknya setelah Berjaya melepasi peringkat diploma. Memang perit sekali. Dengan kenangan pahit, manis, gelak ketawa, dan berkongsi makanan serta  wang semasa menuntut pegajian disin. Tidak kiralah kita ini berlainan bidang. Kini seorang demi seorang berkemas dan berlalu dengan hati yang gembira.

pada ketika mereka berlalu seorang demi seorang aku hanya mampu melihat dan tersenyum  melihat mereka hilang dari padangan perlahan-lahan. Di dalam senyuman ini  penuh keegoan seorang lelaki yang tak mahu  kalah dengan menunjukkan kesedihan di hapan rakan-rakan. Hanya mampu mengukir  senyuman lebar supaya mereka tidak menyedari akan kesedihan yang berlaku dia dalam diri aku ini. Aku tidak tahu sama ada mereka sedar atau tidak tetapi aku tahu mereka hanya mahu pulang bercuti panjang tanpa memikirkan masa depan mereka. Aku juga pernah berfikiran begitu. Ketika itu, aku begitu seronok hinggakan aku terlupa yang aku rakan-rakan aku di sini. Sekarang aku mengalaminya sekali lagi… ya sekali lagi. Kali kedua.. hum…
sekarang aku hanya duduk di suatu sudut, disaat seorang diri. Teringat akan kawan-kawan aku yang membantu aku tika aku susah dan sabar akan karenah aku yang tidak matang ini. Aku menghargai semua itu.

Aku hanya mampu melihat mereka pulang ke tempat mereka. Berjumpa ibu bapa mereka  selepas ini, kita semua mungkin tidak akan berjumpa lagi melainkan mereka ini melanjutkan pengajian disini.
Aku amat berterima kasih dengan bantuan mereka kerana megizinkan aku menumpang berteduh disini tanpa mengenakan bayaran…. Satu sen pon… terima kasih.

Kini aku keseorangan lagi. Tanpa rakan-rakan. Bukan aku tidak ada langsung tetapi mereka ini yang aku rasa aku senang  dengan mereka tetapi ada juga yang aku hanya kenal-kenal macam itu sahaja.

Dengan keegoan aku ini, aku   sekali lagi terfikir kemana aku harus bermalam pada malam ini, mandi, buat tugasan. Nak cari rumah tiada masalah bagi aku, tetapi siapa yang mahu dijadikan rakan serumah. Boleh nak tinggal seorang diri.. tapi aku bukan orang berada dan bekerja, sewa bulanan rumah mahal.

Aku tak kisah  tinggal di mana. Asalkan cukuplah aku menyiapkan tugasan aku, dan menukar pakaian. Kalau tidur di dalam kereta aku pun boleh. Aku jarang tidur nyenyak di sini. Runsing memikirkan tugasan yang diberikan disini. Aahhh nanti dapatlah …

Setelah mereka hilang di pandangan mata aku.. aku mula siap berkemas, memasukan baju dalam beg,  gulung tilam, dan  muatkan barang didalam kereta. Barang aku tidak banyak. Hanya dua beg. Itu pun banyak lagi yang kosong. Simple kan?

Selessai packing, aku terus mandi dan bersiap  dan menelefon rakan aku yang satu batch degree. Meminta ehsan mereka untuk bermalam sementara mendapatkan rumah baru. Maaff bukan niat aku nak menyusahkan orang.  Aku cuma mahu  bermalam. Aku tahu diorang tidak kisah kerana tahu akan sikap aku ni yang jarang meminta bantuan kepada orang lain. Selepas aku  mendapat rumah aku akan segera berpindah. Sekarang aku sudah berpakat dengan Bob untuk tinggal serumah. Dia pun terpaksa berpindah. Situasinya sama sahaja. Di sini kami bukanlah terdesak, susah, tetapi Cuma tidak sempat mencari rumah kerana rumah disini penuh. Dan kesempatan ini kami akan mencari rumah baru yang sesuai dan murah. Tidak kisahlah ia kosong.

Setelah selesai semuanya. Aku mengunci rumah dan memulangkan kunci kepada rakan aku yang masih menunggu bus untuk pulang ke rumah.

Setelah bersalaman… melihat rakan aku pergi dengan bus yang padat dengan pelajar-pelajar yang mahu pulang menuju ke negeri masing-masing. Aku sekali lagi melihat mereka pergi dengan situasi yang aku rasakan hampir sama ketika aku tamat pengajiann diploma 4 bulan yang lalu.

Kemudian aku menghidupkan enjin kereta aku dan pergi ke rumah rakan aku yang baru aku kenal sejak aku mendaftar disini sebagai pelajar ijazah dimana aku tidak lagi mengenali lagi, sikap  mereka.  Kata orang susah kita nak kenal orang di peringkat ijazah ini. Sebab mereka sudah masak dengan  perangai orang dimasa diploma.

Gear dimasukan, dan minyak dtekankan dan aku pun bergerak menuju ke tempat baru sambil melalui rumah yang aku menumpang hampir sebulan disini…

Kosong dan sunyi… selamat bergraduat rakan-rakan…berharap kita berjumpa lagi…
hanya facebook yang menjadi penghubung untuk sementara ini… ingat lah aku disini yahh… yang masih terus menrus berjuang mencapai segulung ijazah selama 2 tahun di UiTM Perak ini...

Sekian.

Dari pelajar ijazah sarjana muda grafik – orang kedah. (Hazran Lan)
.................................

~~aku terjaga dari tidur…mimpi rupanya ...terus aku teringat yang perkaramimpi tadi dan walau macamana pun aku tahu ia pasti akan berlaku juga.. DALAM MINGGU INI… buat kali ketiga aku kesorangan…dalam mengejar segulung ijazah.. iaitu harapan dan impian keluarga aku di kampung...

P/s#~~Just stop for a minute and….SMILE. :)~~


No comments:

Post a Comment