Sunday, August 14, 2011

sekadar kenangan

……………………………………………………………………..   ……………………………………………………………………

pejam celik pejam celik dah bulan 15 kita puasa kan. Fuhh amacam posa korangg??? Besttttt??

Hehehehe

hari ini life aku biasa sangat, yela tak tido malam. Ngadap laptop, tengok movie ja tiap-tiap malam dan pukul 4 pagi kejut mak aku suruh masak dan famiiy serta orang lain yang  aku rasa best je mesej  suruh bangun sahur. Konon kejut la tuu.. hahaha. Tapi aku saja tak nak kejut kekadang .. saja nak tengok ada respon ke tak.

Tunguuuuu punya tunggu jam dah pukul 4.20 pagi.. msg pon sampai… aku senyum je.. dia kejutkan aku laaa.. huhu sapa dia nanti la aku gitaw... just friend. Tu saja aku boleh cakap. Nanti orang kata aku ni SS plak kan. Sapa la aku ni kan nak perasan semua tu.. hahhaha..

k skip dulu no. ada kesah sikit nak cer ceta cikit.

Pas sahur aku dan keesokkan hari nya pas aku mandi. Aku pon belek-belek la keta yang agak lama aku tak sentuh rasa-rasa  ada la dalam 3 minggu kot.   Alahai my PGE…

Kemas itu kemas ini. Tiba-tiba aku ternampak kertas di tempat CD. Pada mulanya aku ingat kertas apa la tu.. ingat nak buang ja. Pas tu aku tengok dan tiba-tiba aku tersengih sorang-sorang… dan  terkata..”surat dari wiper “. Bermaksud “surat dari jiran sebelah”. 

Jiran sebelah rumah aku kat sri iskandar tu. Yess perangai diorang ni aku pon pelik sekali dengan aku dan housemate aku sekali. Boleh dikatakan gile ja perangai.

Hahaha  aku gelak pasal terkenangkan masa kami main ketuk-ketuk dinding. DUM DUM geddegung gedegang… ..masa tu kami guna macam-macam benda nak ketuk.

 Contohnya : hammer,kaki, batu ,pen,pensel dan macam2 lagi.

Bising ke tak wahaaaaa memang bising la line taman tu. Yang best tu makcik –makcik sikit pon tak kesah bila kami wat cam tu. Kenapa erk..? bila aku gi beli nasi kat makcik tu ada la dia tanya.. dapat keluar tak dengan jiran yang korang ketuk malam-malam tu? Aku pon…ah sudahh.. hehehhe .. belom lagi.. sibuk..nanti keluar la.. dapat punya…kalau bab makan-makan tu.

Kalau korang nak tahu satu semester kami ketuk  dinding umah tu. Samapai kesan hammer..kaki memang penuh kat bilik kami tu. Hahaah.

Dari ketuk-ketuk mulalah bercakap.. tapi kot tingkap. Bising je memalam. .sembang sapai pagi. Diorang pulak melayannn jer… bila diorang tanya nama kami bagi nama samaran. Yela malas la nak kasi nama betul.. bahaya ooo..

Pas bercakap kot tingkap. Kami kenal diorang, dan start rapat . kami suruh diorang masak. Diorang masakkan. Megi pon megi  lahh.. sedap tak sedap belakang kira. Hehehe gatal je otak time tu.
Macam mana pon diorang ni tolong aku time shooting TVC. Iklan pendek pasal projek major aku dulu. Terima kasih bebanyak.

Sekarang kami dah pindah ke rumah lain dan tak lagi berjiran. Memang best berjiran dengan diorang dulu tapi sejak dah pindah dulu aku dah jadi semakin pelik dan janggal dah dengan diorang.kurang berjumpa dan bercakap. Nak kata marah.. diorang biasa ja cakap.. merajuk? Tak pulak.. biasa ja.. mereka hanya jiran je.. aku rasa mungkin time tu aku jadi segan dengan diorang sebab aku dah part 7 kot. Tapi biasa ja. Diorang bukan tahu pon status semester berapa aku kat sana. Hahaha..

Bila last jumpa  ramai-ramai kat kedai makan dulu. Diorang cakap kat aku yang aku ni dah sombong dan tak banyak cakap sangat.  Tapi aku cakap ja layan macam biasa. 

Now kami bercuti dan aku ada cakap selamat tinggal dan jumpa lagi… tapi ya kita akan bejumpa lagi  sebab aku dapat tawaran unutk buat degree disana. Di uitm perak.

Dibawah ni aku uploadkan surat diorang yang asli yang diorang letak di cermin kereta aku yang aku ingat surat saman parking time tu… memang biasa-biasa ja mmg nama tak ditulis disitu tapi aku tahu siapa yang tulis dan sapa yang ada semasa tu. Ala tgk pun dah taw… rambut ikat tocang dan racun serangga.. sapa lagiii/..

Hahahahahaha..  jiran.. ~~~memang aku gatal kan.. tapi tahap low level k.

Ni la surat diorang masa aku part 7 dulu… opsss jiran sori nookalau terbaca dan jangan marah.. pasal upload ini surat..hehehe saja nak share.. tu je.. tiada unsure-unsr nak malukan…k.
klik kalu nak membesar
k la.. pas baca tu  maaf la pasal cam serabut sikit story ni kan.. hahah aku bukan penulis novel k nak tulis lawa-lawa lagi ayat brbunga-bunga. huhu k wasalam.

No comments:

Post a Comment