Tuesday, August 16, 2011

mereka,motor, dan malam

halo semua. tadi aku baharu sahaja join sekumpulan member-member yang  boleh dikatakan otak motor atau lebih dikenali MAT REMPIT. aku join??? yup aku hanya membonceng sambil melihat gelagat dan reaksi mereka yang sedang ghairah berlumba. memandu didalam kelajuan maksima memang best. aku tengok motor diorang ini kebanyakan telah diubahsuai dengan menukar kaburetor, clutch, tayar kecik, ekzos dan ada juga motor kategori motor kedai. (Standart)

pelbaagai motor ditunggang, tetapi yang paling ramai mengunakan motor HONDA EX5..disebabjan motor jenis ini murah dan alat ganti mudah dicari sekiranya terdapat kerosakan. yerla. pandu lajukan maw tak barai motor tu.

eh dibulan puasa pon ada lagi mat rempit? derr..ko ig diorang ni hantu ke. perempit jalanan je. hantu pon ada jugak dibulan puasa taw. jangan konfius tentang tu.hahaha.

bila berada dikumpulan agak ramai aku perhati dan bersembang kejap dengan diorang. diorang memang sporting dan apabila bercakap mereka hanya bercakap pasal motor masing-masing. ada juga yang memberi idea tentang modifikasi enjin supaya boleh challenge antara satu sama lain. bercakap pasal ni aku hanya tahu serba sikit dan kadang-kadang tergelak dengan reaksi diorang yang bercakap sambil mengayakan situasi mengejar dan memotong antara satu sama lain.

pada masa ni, aku lebih suka berada dengan kepala (leader,jurupandu) supaya aku takla hilang. aku tak memandu k. yela apabila jalan clear gear akan ditukar dan minyak akan dipulas serta merta. dengan keadaan macam tu. semuanya secara automatik akan menundukkan kepala supaya motor menjadi ringan sedikit kerana duduk menegak akan menghalang pergerakan danakan melambatkan kelajuan.. semuanya bertungkus-lumus mengejar antara satu sama-lain. tak kiralah kau tu gemok ke kurus ke.naik janji dapat kejar sampai ke penamat yang dipersetujui.

jalan yang dipilih tadi adalah jalan Highway alor setar - jitra.  masa dianggarkan 15 minit je.. diorang ni memang gila. hahaha.

kemudian berpatah balik ke alor setar. kali ini ikut jalan Langgar. dan balik ke jalan yang paling panas dan popular dikalangan mat rempit atau mamat kereta iaitu jalan pegawai.

ketika bergerak perlahan-lahan dan sebaik sahaja terserempak kumpulan motosikal lain. hon akan dibunyikan oleh kumpulan masing-masing. ia bertujuan adalah untuk menyapa dan selain tidak bukan adalah untuk memanggil mereka supaya ikut serta mengekori mereka ke JALAN PEGAWAI. jadi kumpulan kami tadi sedikit- demi sedikit teiba-tiba menjadi panjang. wahhh meriahhh.. tapi takut jugak kalau-kalu ada hatu polis atau lebih dikenali sebagai apa ntah.. BANG KHAI atau BANKAI aku pon tak pasti. tapi aku percaya mesti ada punya kan.

jadi apabila sampai ja tempat yang aku cakap tadi.. haaa.. tempat ni dijadikan pilihan disebabkan jalan yang lurus sepanjang 2 kilo kot kalo tak silap. rata dan tak ramai kereta dan motor laulalang. memalam macam ni sapa nak lalu kan.. meme lerrrrrrrr line  clearr.huhu

biasanya yang race adalah motosikal 125 z. motor ni memang top di kedah. ia dijadikan pilihan untuk mesin berlumba adalah motor ni jenis ranggi, laju, dan bunyi yang nyaring kot. aku agak je la.. .

kemudian aku tengojk jam pon dah lewat dah. ahh bila masa lagi nak sahur. kang tak sahur teruk aku nak buat kerja esok.. huhu..

aku pon apa lagi. gitaw la member aku ni. jom ar balik.. dah pukul berapa ni. kang polis serbu naya ja. jom blah.. kami pon balik la slow-slow  dengan sejuk suhu bilik. hahha

masa aku balik aku tengok alor setar ni memang tak ramai orang.  ini sebab alor setar ni pelik sikit taw. perempuan yang kuar melepak kat alor setar pada tengah waktu selalunya akan dipanggil bohsia, belen(sama ja dengan bohsia tu). nak tahu kenapa? yerla kat kedah ni elok ja malam-malam dok umah. bahaya taw. aku harap mana-mana awek-awek yang teringin nak lepak malam konon-konon nak OVERNIGHT tak payah la k. duk jer umah tu. sekali lagi bahaya... aku orang kedah aku tahu la.. ramai yang rosak selalunya yang kena kacau adalah budak kolej. memang ramai. pelajar insaniah juga tak terkecuali taw. aku lagi tak percaya dengan pelajar jenis ni. mudah sangat kena pujuk. (dari kata-kata member aku la.)

DATARAN.. dihadapan  masjid zavhirdiadalah satu-satunya tempat yang top untuk orang lepak-lepak. tadi aku tengok pon adalah dua tiga tompok tengah lepak kat depan but kereta. sembang apa ntah.. yang main bola pon ada. budak pompuan pon ada. heeee.. lawa...apala diorang buat duduk situ. tak takot ke kena kacau. lantak korang laa.. kisah pe aku.  

k. tu jer aku nak tulis. kalau tak paham tu. maaf la.. aku cuma tulis ja.. apa yang terlintas di kepala aku ni. dan aku join ini group hanya sekadar nak tahu sendiri dan nak share pengalaman aku dan aku juga tahu bahaya yang mungkin terjadi kat diri aku ni.. dah nak raya dah niii.. huhuhu

dari anak jati kedah yang membesar dengan pelbagai pengalaman  dan pancaroba dimana disiniiii semuanya bermula..  jadi enjoy laa k...


# aku bukan mat rempat...huhuhu...harap diorang ni insaf. kkkk

caww sahur dulu

pic yang sempat aku tangkap.. maaf gambar tak clear...


1



2



 
3

ready nak set la nii

.............

kalau korang nampak atau lalu jalan diorang race.. jangan la duduk tengah k.. jalan ke tepi..  unutk elakkan  apa-apa yang tak ingini berlaku ja. diorang ni akan pulassssssssssss je. bukan igt orang len dahhh.. huhu..

k aku taknak cita dah... sekali lagi.. aku hanya join tengok sshaja k.
dan aku bukan perempit walaupon semua remaja yang menaiki motosikal di waktu malam,atau siang sentiasa dianggap mat rempit. kenapppa hahh... kerana nila setitik,takkan rosak susu sebelanga kot??? ce cita.. huhu

sahur luuu

No comments:

Post a Comment