Tuesday, February 15, 2011

Sedetik...


Salam malam erk semua…  hari ni sedar tak sedar dah nak dekat sebulan setengah dah kita ada dalam tahun 2011, hahaha bermakna dah makin tua la kita kan. Apa-apa jer la. Janji aku dapat habiskan semester ni dengan secepat mungkin dan harap semuanya akan berjalan lancar. Itu jer harapan aku. Nak grad dan konvo. Penantian selama 4 tahun kot. Dulu aku macam nak tak nk jer belajar pasal tak yakin dengan kemampuan belajar aku yang boleh la dikatakan ‘ boleh la’. Tapi atas dasar family dan kawan aku kata ‘ala hang buleh, selama ni pon ang ok pa, dah dapat tawaran tu pi ja la. Belajaq elok2.’

Tawaran..

Hehehe.dapat tawaran kat uitm Kelantan tu aku pon pi dengan otak biasa2 ja. Tak silap aku 1 tahun setengah aku belajar sana. Ingat dapat habis kat sana tapi apakan daya, tetiba je sakit misteri datang masa aku part 3 kat sana.

Transfer…

Haaaaa… 3 minggu je aku belajar terus transfer datang uitm perak. Di uitm Kelantan dulu tu pon aku tukar secara mengejut. Time aku bagitahu rakan kelas, diorang semuanya terkejut kecuali ex lec aku dan firdaus jer.
Sebelum tu aku dah berbincang dengan ketua coordinator dan lecturer aku dan tak terkecuali ayah dan pak cik aku. Masa tu aku dah agak permohonan cuti khas aku mesti dah diluluskan pasal orang tua aku datang. Masuk ja dalam bilik KP aku diberitahu yang aku akan ditukarkan ke uitm perak dengan subjek yang baru iaitu subjek pilihan pertama aku yang aku mohon dan aku idam  dulu dan tak lain subjek graphic ni . Tergamam juga masa tu.biar betul aku nak tukar kampus dan program??? Abis ja semua tu aku memang tak fikir kawan-kawan aku yang lain dah, penat  dan blur pon ada masa tu.
Masa nak balik, lec baru yang bernama en Jaa di dalam Facebook dia cadangkan aku. Dia kata ‘pergi la jumpa kawan2 kamu, kamu bukan nak balik sekejap tapi transfer takkan jumpa lagi dah’. Alamak betul jgk. Jadi aku ikut la dia pergi kelas.

Dalam kelas

Masa ni aku masuk diri depan biasa ja. Macam x da apa-apa. Pas lec suruh la aku cakap buat kali terakhir yang aku ada kat kampus ni. Tiba-tiba ntah kenapa la time nak cakap jer. Hati aku ni sebak bila aku tengok diorang mulot aku ni tak leh cakap langsung. Bila tengok sorang-sorang tetiba aku sedih bila aku rasa cam ada seorang tak ada.  Pastu aku terus keluar dengan menangis. Sebak gila time ni.. tak leh cakap apa2 dah. Ni first time aku nangis depan kengkawan. Selama ni aku lebih dikenali dengan agak nakal, gembira,  kacau orang. Pastu kawan2 lelaki datang kat aku dan bagi kata2 semangat. Semua budak perempuan aku rasa dah merah dah mata diorang aku rasa time tu. Suasana ja dah suram jer. Masa ni mmg aku rasa  ntah kenapa jadi macam tu. Sedih pasai nak tinggal diorang kot. Pas aku salam sorang demi sorang aku pon pergi la kat kereta. Ayah aku dah ready dah. Diorang tak kata apa2 pon.diam jer…

Dalam kereta

Habis salam jer semua  aku naik kereta  dan pusing belakang tengok ada  la budak2 lain yang  yang tengok dari jauh. Siap lambai lagi. Pas tu msg  masuk tak henti-henti .ucap selamat jalan ja. Ada dalam mesej tu  yang kata ‘pas ni tak ada la orang yang kacau kami’ hum aku senyum jer ngan air mata aku yang sebak ni. Huhuhu mesti korang gelak kan yang ada jugak lelaki yang nangis. Aku tak peduli kengkawan aku punya pasal la. Ingat senang ker nak jumpa diorang ni balik.
dalam kereta penuh dengan inbox diorang jer. Aku balas la apa yang patut dan kata jumpa lagi. Hum pas tu aku tertidur sampai Kedah. Mungkin letih kot. Mana taknya dari pagi jumpa pegawai kesihatan kat unit kesihatan unit kolej, HEA. HEA cakap kat aku balik nanti berubat elok2 dan mesti ada hikmah semua ni. Sabar erk.  Aku senyum jer la. Wahh pegawai HEA nasihat kat aku kot.. pas setel sign tu sign ni aku blah..

Sedetik sebelum tu… 1

Haaa baru teringat sehari sebelum tu. Ada seorang siswi ni. Dulu memang aku tak ngam ngan dia. RUBY nama dia. Aku memang suka usik dia. Bukan suka kat dia tapi syok tengok dia marah. Tu pasal la aku dan zul a.k.a pak mat suka kacau dia. Malam tu aku ada terjumpa dia dekat depan kolej siswa, masa ni dia jumpa sapa aku tak ingat sangat. Yang penting aku ada cakap kat dia. Nak tahu??
Haaa.. aku cakap kat dia yang aku akan tukar kampus esok. Mati-mati dia tak percaya. Heh amik kat ang   TENGKU @ lan dia tak caya ka tang sampai tahap tu. Padan la aku memang jenis tak series jer selalu sapa yang akan percaya kan. Jadi dia terus pergi cam tu jer dengan moto ego boyfriend dia tu… . Ahaii sedih jer time tu tapi tak per la, sekurang-kurangnya aku dah gitaw. Esoknya bila sampai aku kat rumah dia mesej aku, dan minta maaf sangat-sangat kerana tak nak dengar malam tu.

Hahaha takpa ruby. Kita kan musuh semula jadi dulu.  X kesah pon. Kita masih kawan kan. Tapi sekarang aku teringat lagi pasai dia. Yer la asal jumpa jer dia akan tunjuk penumbuk dia  sebagai tanda jgn kacau dia. Hahaha ruby2…. Tp tu dulu kalo korang percaya atau tak, sekarang dia dah berbaik ngan aku dan kami ni dah kira kamcing dah. Pelik kan. Dekat-dekat gaduh cam anjing dan kucing duk jauh baru berbaik . dan baru aku tahu perangai dia yang sebenar. Sebenarnya dia ni tak la garang pon. Cuma akan jadi cam tu kalau rasa benci  jer.  Sampai sekarang masih lagi kawan.tapi memang best ngan dia ni. Harap kita jumpa lagi taw ruby. Jangan garang-garang lagi… sekrang dia dekat uitm shah alam..course textile.

Sedetik sebelum tu 2

Seorang lagi, perempuan jugak.  Tapi ni kes lain not gaduh2.. Dulu memang dia ni bagi aku boleh tahan la bagi aku. Ntah cam mana la aku boleh tertarik atau sangkut  dengan dia ni. Tak nak sebut nama  dia, hanya orang tertentu jer yang leh taw sapa..korang taw kan… dia ni memang perangai gila-gia, senang bawak gurau, dan pasai dia ni la yang aku sebak time ku cakap tak boleh  tu. Masa aku dalam kelas dia tak ada sebab pegi derma darah. Dua hari sebelum tu dia dah tahu dah dan tanya aku. ‘LAN, BETUL KA NAK TRANSFER’ aku pon ckp la  tak tahu lagi pasal tak tahu lulus ker tak. Pas tu aku tgk mata dia ada la berair sikit.  Macam sedih Tapi tapi  berani cakap yang dia ni nangis ker tak. Huhu. Pas tu kami bersurai. Dan aku pegi la HEA. Pastu ada pangilan masuk  dari KP dia kata yang permohonan aku dah lulus.

pastuu,... ZUPPPPPPPP..., permohonan lulus?  Apa tu…  jadi aku cari la perempuan@ awek  ni.hahaha .pening kan??? k la aku bagitaw nama dia k. nama dia AFI. Aku cari dia memang x jumpa dah. Telefon tak dapat lak time tu jadi aku pergi la FAkulti. Macam aku cerita kat atas baru taw hal sebenar yang aku dapat tukar kampus. Jadi afi ni memang tak tahu bila aku aku pergi dan aku pass la cincin dekat kawan aku suruh kasi kat dia. Nak bagi live tak sempat. Lama dah nak bagi cincin tu kat dia. Esoknya....aku balik kedah dan dan tak lagi jumpa dia selama aku kat kedah.. 

Semasa bercuti dii rumah aku kawan aku iaitu daus bagi tahu yang AFI ni tergejut  yang aku ada bagi cincin kat dia. Tergamam dia sampai tersandar dia kat dinding..kata daus. Malam tu dia mesej aku selama seminggu memang dia mengaku yang menangis jugak  sampai pedih mata dia.mungkin  sebab dia pakai kontek lens kot. Hummm maaf la aku lewat gitaw erk yang dulu aku memang lambat luah yang aku sayang kat ang  takut sesangat hubungan sebagai seorang kawan putus.  Namanya NOR HAFIFAH BINTI OTHMAN tapi dapat tahu dia dah ada boy dan kata kalau single lagi dia akan terima. 

Tapi itu dulu.. dah berlalu dah.  sekarang dah ok dah..  dan  tak ada dah ‘perasaan’ tu dah sekarang. Kekadang bila fikir balik aku tersenyum jer sengsorang. Hum macam mana la dia sekrang erk.. tapi sampai sekarang aku masih lagi berhubung tapi agak jarang mesej pasai sibuk . percya atau tidak aku agak kekok dah dengan dia pasai ada  masalah sikit salah paham dulu. Sekarang dah ok. Nasihat aku tak salah minaat kat kawan sekelas tapi tinggi risikonya…hihihi.. jadi pepandai la cover k. 

Sedetik sebelum tu 3

Sorang lagi siswi namanya Jannah, situasi lebih kurang sama ngan ruby . dia ni aku terjumpa selepas Afi masa ni tengah hari kot. Ntah pasai pa la aku ni suka cari gaduh ngan perempuan. Untuk pengetahuan korang dia ni memang ganas. Aku pernah cari pasai ngan dia dari part 1 sampai part 3. Sampai kena tampar pon ada. Tapi aku balas balik.. hahaha gila time ni. Tapi tak teruk sangat la. Salah aku cari penyakit. Kalau tak dia ni ok jer. Aku jer yang suka bagi dia marah. Haha. Dia pon sama gak memang dia tak percaya masa aku cakap aku nak tukar kampus. Masa ni dia ngah lepak dengan member dia. Sumpah!!! Dia siap kata aku ni penipu dan gelakkan aku lagi time ni. Aku senyum jer la.. takper. X caya xper.. hiiiiiii pastu  Aku pon pergi la fakulti pasal KP panggil aku pasall ayah aku dah datang..  jadi aku mintak maaf je rasa dia tak dengar kot. Pastu aku pergi pejabat KP dengan muka yang penat.

Hehh…  abis jumpa kawan kelas  aku ada Nampak diorang kat fakulti. Jannah ni dia group B jadi group diorang ni memang lambat tahu sikit. Jadi memang diorang tergejut gila la time ni. Dan aku sempat tengok diorang lambai masa aku dalam kereta. Mesej pon diorang mintak maaf banyak2 sebab tak percaya kat aku, alaa takper. Bukan salah korang la. Salah aku. Transfer pon secara mengejut.  Lagipon Taknak kacau sesi pembelajaran korang. Kesian tengok korang yang takut-takut masa tengok aku marah dan diam jer pas mengamuk sakan dalam kelas kan??. Teringat masa aku marah-marah sikit dalam kelas dulu. Satu kelas korang tengok aku. Malu kot. Time ni memang aku jadi pendiam gila. Tak bercakap banyak, selalu aku paling aktif dan bising dalam kelas. Jadi tak heran la orang kenal aku seorang yang pembising ni. Hehehe.  (perasan gile.)

Dia sekarang sambung degree fine metal kat shah alam dan sama jugak  dengan Afi.
Sekarang, semua tu berlalu dan dah jadi kenangan pahit dan manis bagi aku serta pengajaran bagi aku. Mereka ni memang the best bagi aku dan rakan ex fine metal, fine art dan textile yang sesame tolong aku masa aku sakit teuk kat sana akan aku ingat korang sampai bila-bila. 

Uitm Kelantan: diploma in fine metal

 Kini di Uitm perak…

Now.. aku di uitm perak setelah extend satu semester… kejap jer masa berlalu.. pejam celik pejam celik dah 2 tahun setengah dah semua tu berlalu. Kini aku di part 7. Bukan repeat tapi tertinggal subjek  jer.  Dulu masuk sini macam2  jadi kat aku. Jumpa housemate baru, kwan sekelas baru,lec baru, dan lain lain.
Mula- mula masuk sini memg blur, sengsorang. Macam part 1 ja rasa. Tapi kejap jer semua tu. Kini aku dapat ramai member.  Hafiz, haris,iqbal,ayen,man, faiz,bob, dan yang lelain dan walaupon yang sorang ni dah out  dari mind aku iatu salad tapi diorang masih lagi kawan kau. Tak kisah la gaduh ker apa ker. Kat perak ni aku memang tak rapat dengan budak perempuan sangat. Tapi boleh la dikategorikan ‘bolehhh laa berkawan’ humm tak taw la kenapa jadi macam tu tapi aku anggap diorang ni kawan aku pasai kebanyakkan pon aku ni selalu lepak ngan diorang, ni nama diorang: zue,wan,dan amoi.. tapi sedikit sebanyak diorang ni memang bagus.tapi aku memang jarang cakap dengan diorang. Memang jarang…

Pasal kak ina,jannah dan kak mila dan ANN. Ni dak kelas aku jugak. Diorang ni kelas aku jugak kat uitm perak ni. Memang  kumpulan pendiam. Dan tak cakap banyak. Dorang ok. Tak da masalah sangat. .
Hum tapi semua tu dah berlalu dah.. mereka semua ni dah sambung degree dah, dan ada yang dah kahwin tukar bidang tapi majority sambung belajar di uitm shah alam tu. Aku kenal diorang dari part 3 sampai la part 6. Cuba korang kira berapa tahun?? Huhu 2 tahun jugak kan.

 Uitm Perak.: diploma in graphic design

Hum.. ini la kenangan  yang aku tak leh lupa sampai sekarang. 4 tahun dah… Baik dari Kelantan sampai la uitm perak ni..dan sekarang masih lagi Diploma.

 Dan sekarang pon aku nk habiskan semester ni dengan tenang dan harap tak ada masalah lagi. Dan aku ucap terima terima kasih kerana baca erk. Aku rasa aku tulis agak kucar kacir sikit.. ala biasa la aku bukan buat cerpen macam penul!san2u.net.  saja nak imbas balik jer.. harap korang faham la pa yang ku tulis ni.
Kat sini memang benar yang terjadi.  k la aku nak tidur.. kalau x faham tu try la faham k. aku ni bukan terer sangat bab taip menaip ni..hehehehe.. selamat malam…

Sedetik...

No comments:

Post a Comment