Wednesday, February 16, 2011

Perkelahan emergency.


Malam sebelum tu kami berlima cam lagenda 5 pahlawan ni ada bincang sikit masa sedap lepak kat kedai makan. Besok apa plan,hah? Lata Kinjang jom. Sembang punya sembang semua sepakat nak pegi awal konon-konon pukul 9 dah gerak dah. Sebelum tu diorang ada tanya la esoknk gi kol bapa. Aku yang sesambil berbueno eh bukan  berfacebook selamber jer cakap… haaa sebelum subuh kita pegi.. ada sebab aku kata macam tu taw. Selalu ayat aku ni tersirat sikit kalo cakap.lantak ampa la tak paham pedulik apa aku. Hahahah ..sekadar gurauan.

Keesokkan harinya, ( Maulidur Rasul)

‘’….menyendiri lagi, menyendiri lagi disaat aku menyintaimu….(dadali-diasaat aku mencintaimu)’’ Yiahhh enset  nokia 2600c aku dah bunyik.. bising la… terus aku tutup.tengok jam pukul 8.30pagi. ahhhh awal gi.. jadi tidur la balik tengok mahfuz pon sama ja perangai dia pon tido lagi… jadiii…

Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzz zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz……

Tiba-tiba…

DUM,DUM,DUM… LAN, MAHFUZ.. bangun bohh.. jadik pegi tak.. tudia buyen panggil,pokjak dan Pali ketuk cam nak lingkup pintu…

Aku time ni mengeliat lagii..tengok jam kat enset aikk.. dah pukul 11pagi. Kan aku dah cakap dah, mesti jadi macam ni punya.. hahaha. Salah siapa. Salah kami la. Jadi aku bangun la dengan kain selimut tutup satu badan. Otak blur lagi kan.. ambil tuala terus masuk bilik air. Celik-celik je makkkkk!!!! Melekat lagi kain selimut ni kat badan aku ni.. patot panas jer.. jadi aku keluar la balik masuk bilik. Dah jadi dua kerja dah.. keluar masuk, keluar masuk bilik air.. shiaalll jer perangaiii pagi tu. Pas gosok gigi basuh muka test jap air ni sejuk ke tak. GILA SEJUK jadi dengan selamba jadi cam cierita P.RAMLEE. bunyi bising ja lebih. Alahh aku pi sana kan nak mandi kat Lata KINJANG tu x mandi pon tak apa kan,kan,kan. Jadi jangan cakap banyak lak.

Pas bersiap semua dengan sembur perfume sikit bagi wangi terus  cari baju. Ala kadar jer  tuala dan baju, seluar pendek. Tu je. Masuk beg terus turun bawah. Heh… konvoi 2 biji kereta. Pas tu gerak la. Aku  follow belakang  pasal jalan ingat-ingat lupa.

Selepas satu jam.

Yiahhhhhhh nyiahhh, selamat datang LATA KINJANG. Kami semua sampai dengan selamat ja. Orang tak la ramai sangat. Bila tengok  kebanyakkan orang yang datang sini pon macam student ja. Tu pon aku nampak kat kereta di parking banyak yang ada pelekat sticker pelajar. Uitm lak tu.. biar la.  Yang aku tanw time ni…Wehh bila nak mandii niihhhh????

Jalan punya jalan tup-tup dah sampai atas. Haaaa kan betul aku cakap.ramai student. Kebanyakan lelaki  sebaya dengan kami yang datang mandi kat sini dah tu mata meliar jer tengok sekeliling.. tengok apa??? Ala lelaki.. kalau tak cuci mata memang tak sah la kan. Tapi mengecewakan sedikit, ala bukan nak menggatal pon sekadar cuci mata. Ada tu memang ada tapi yang jenis couple jer.   Yang best tu bukan apa.. bila kami ushaar sikit yang lelaki mula la jeles . cam ensem jer perangai.. weh stok awek mu yang pakai seluar pendek nampak paha tu bukan taste kami la. Tak leh tengok  bawak buat apa. Dah tu mandi nampak tu nampak ni. Hahha. Aihhh ushar tu ushar jugak bila nak mandi ni.

Dapat ja tempat lepak dan letak barang.. hehh  tak cakap banyak dah… sekor-sekor turun .. sejuk dohh.. mandi jugak aku kan.. pagi tadi dah la tak mandi.tengah layan berendam , simbah-simbah antara satu sama lain, 

tiba-tiba…

Bruppp,,,bruppp. Hehhee..perut dah bunyik dah. Makan jom. Jadi dengan pantas kami gi kat tempat letak barang amik nasik. Makan la kami berlima naik bungkus brlauk ayam ni. 5 minit jer diorang bedal makan. Aku jer terhegeh-hegeh lagi. Aii. Tadi lapar sekarang tak abis pulak. Nak tak nak aku habiskan ayam jer.rugi oo ayam sedap wehh.

Pastu kami mandi la lagi. Tangkap gambar pakai kamera enset. Camera tak ada,ada kat kedah.
Orang makin ramai jadi kami mandi ikut kepala kami  jer.mandi pon macam  giler ja perangai… sampai sakit perut. Pastu dah start boring dah.. aii asyik boring jer..tak boring ker asyik boring jer. Mau jadi tak boring kecut abis dah.. kuku jadi ungu dah. Mandi sungguh hari ni.. jadi kami pon santai jer kat batu besar.. haa cam tepi pantai lak.

Dah tu aku, Pali, Pokjak dan Mahfuz tengok kat atas.. cam best jer kalau daki kat atas tu.bincang punya bincang  teragak-agak juga. takut-takut naik boleh, turun tak boleh. Risiko sikit.cerun  sikit. Kami pon lakukan aktiviti pendakian tanpa safety. Buyen tak ikut pasal cam tak larat dah kami tengok. Daki punya daki akhirnya sampai atas. Wow.. lawa kot pemandangan. Gayat sikit kat atas.memang agak bahaya tapi puas lahh. Air terjun kat atas ni lagi lawa.  Lepak dalam 15 minit pastu  pakat-pakat nak turun. Tengok lagit pon cam nak hujan.

Nahhhh… cakap dah.. naik boleh turun mesti problem sikit. kami cari jalan alternatif ikut hutan buluh.. waahh. Teringat lak PLKN meredah hutan. Dengan hati-hati, kami berempat turun takut kami luka. Yerla. Tak pakat kasut. Sapa suruh.. hahah.

X  sampai 10 minit atau kurang kami sampai kat bawah. Heh selamat sampai. Satu pengalamanyang menarik..tapi korang jangan buat kalau tak berani naya jer nant.
Sampai ja kami salin baju, berkemas dan turun  kat bawah. Yang bst tu masuk jer dalam kereta terus hujan tturn. Selamat.. kalau kami kat puncak tu..  bayangkanla laaa macamana… hahaha
Pastu kami bertolak balik. Letih ada,seronok ada, sampai rasa balik umah kejap ja. .  bali ja akusidai baju basah kat ampaian dan lepak kejap kat bilik depan. Pas tu masuk bilik. Belek laptop kejap pastu terlelap…..
Pukoul 8.30malam aku terbangun gelap jer bilik. Bangun mandi,  pastu pegi makan kejap, on9kejap dah tu beli oblong. Hehhh segar mata nii.. mampus malam ni tak boleh tidur. Hehehe. Dalam pukul 12 aku belek-belek buku REMAJA yang sapa ntah. Tengok artikel pasal the lost of tambun.  Ehehhehe lama dah nak pegi tapi dulu mana ada masa. Keja banyak. Jadi tanya la pendapat memember ni. Diorang senyum.. cam good-good jer ni. Nant kita pegi dalam bulan tiga ni ke.. malam tu aku tak leh tidur dan mahfuz pon sama. 

Lepak kedai makan RAHMAN CORNER kat bawah. Layan teh panas dan the tarik. Pas tu naik atas.. heeeeeeeeee mata ngantok .. tapi mengada taknak pejam. Aku borak jap ngan mahfuz sesambil layan mesej pukul 2  pagi. Pas tu.. shut down memasing.

Hari rabu.

Hari ni hari  rabu bangun pukul 7.30 pagi dan pegi kelas majalah 3 jam, pas tu aku balik lepak online cari bahan untuk present isnin ni dan gosip facebook  sekejap.
Selalu aku lepak ngan mahfuz je, tapi ari Mahfuz lak keluar satu hari aku rasa.  amik kereta. Jadi aku aku balik rumah pasang kipas angin tutup langsir .. bukak lagu terus tidur balik. Alasan semua ni  Tak cukup tidur..ok tak..bukan kaki tidur ahh..!!

6.30 ptg ujan pulak. Aku bgn dan buat bodoh. Belek laptop tengok cerita.  Sampai sekarang.  Taw taw aku cam ada satu benda aku lupa… WEH AKU TAK MAKAN LAGI LA HARI NI… rilek jap. Patot lapar-lapar jer rasa.  Dah tuu aku gi mandi dan update blog ni..makan megi meh.. huhu

t.q membaca erk..

selamat malam..(11.50p.m)
*cerita 2 hari dua malam nih.. hahah

No comments:

Post a Comment